Feeds:
Posts
Comments

Anak-anak mestilah didisiplinkan dengan had dan peraturan positif untuk menguruskan diri mereka. Ia merangkumi semua aspek kehidupan bermula dengan ibadah wajib, sunat dan dan aktiviti harian. Ianya harus diulang dan diberi penekanan

Anak-anak akan rasa lebih selamat sekiranya ibu bapa menerangkan dengan bijak tentang had dan peraturan yang bertujuan bukan untuk mengongkong tetapi untuk menjaga kebajikan semua. Contohnya had dan peraturan masa bermain dan belajar.

Rutin harian akan lebih tersusun apabila dijadualkan. Anak kecil juga akan rasa lebih yakin dan selamat dengan rutin harian yang berjadual kerana mereka belum menggarap konsep masa. Ianya membolehkan mereka mengagak apa yang akan berlaku selepas sesuatu perkara seperti mandi selepas main petang.

Bila anak sudah boleh memberi pendapat seeloknya jadual dan peraturan dibuat bersama anak-anak dan tidak hanya datang daripada ibu bapa. Libatkan mereka secara aktif.

Semalam saya bersama anak-anak menetapkan jadual dan peraturan kami ( untuk yang terkini kerana nampak anak-anak mula leka ). Ada jadual dan peraturan umum untuk semua dan ada yang khas mengikut kesesuaian rutin harian anak. Contohnya, Nurin sekolah sesi pagi dan kelas fardhu ain sesi petang tetapi sebaliknya bagi Muhammad.

Mereka nampak seronok membuat jadual sendiri untuk ditampal dan dijadikan panduan. Saya hanya bertindak sebagai pemudahcara. Banyak sekali perbincangan terutama tentang masa bermain dan masa menonton television. Saya pastikan SOLAT jadi peraturan pertama.

Secara keseluruhannya tidak ada masalah sangat bila diterangkan manafaat jadual dan peraturan dibuat. ‘Izzuddin ( 3 tahun) pun sibuk menulis dengan caranya yang tersendiri. Apapun dia seperti memahami apa yang berlaku.

Selepas itu kita tak perlu selalu berleter, cuma ingatkan mereka untuk selalu merujuk kepada jadual dan peraturan yang telah dibuat. Cuma selalu ingat bahawa mereka masih anak-anak dan sememangnya kita tidak boleh mengharapkan kesempurnaan. Mereka perlu bimbingan, sering terlupa dan belajar daripada kesilapan. Tetapi apabila mereka sudah terbiasa dengan jadual dan peraturan ianya menjadi budaya dan pasti memudahkan kita.

Oleh Puteri Nisa Abdullah

 

 

Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

 

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.

 

Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.:

 

Maksudnya: “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.

Riwayat Bukhari & Muslim

 

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:

 

Maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”. Riwayat Ad-Dailami

 

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

 

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.

 

 

2. Rukun Islam Dan Iman.

 

Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-

 

Maksudnya: “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. Riwayat Bukhari

 

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

 

 

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim

 

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya.

 

Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:

 

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

 

Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

 

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:

 

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

 

Rasulullah s. a. w. bersabda:

 

Maksudnya: “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya) , barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”. Riwayat Baihaqi

 

Sabdanya lagi:

 

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”. Riwayat Ahmad

 

4. Menunaikan Perintah Allah.

 

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

 

Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:

 

Maksudnya: “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

 

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

 

Maksudnya: “Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar”.

 

Sabda Rasulullah s. a. w.:

 

Maksudnya: “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”. Riwayat Hakim

 

Sabdanya lagi:

 

Maksudnya: “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.

Riwayat An-Nasaei

 

5. Meninggalkan Larangan Allah.

 

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.

 

Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:

 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

 

Sabda Rasulullah s. a. w.:

 

Maksudnya: “Taatilah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

 

6. Menggalakkan Berjamaah.

 

Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.

 

Rasulullah saw. bersabda:

 

Maksudnya: “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”. Riwayat At-Tarmizi

 

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

 

Rasulullah s. a. w. bersabda:

 

Maksudnya: “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. Riwayat Muslim

 

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.

 

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka.

 

Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:

 

Maksudnya: “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

 

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.

 

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:

 

Maksudnya: “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

 

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa

 

Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut:-

 

Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.

 

Sabda Rasulullah s. a. w.:

 

Maksudnya: “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”. Riwayat At-Tabrani

 

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.

 

Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:

 

Maksudnya: “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”. Riwayat Bukhari & Muslim

 

Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:

 

“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:”Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”. Riwayat Ahmad & An-Nasaei

 

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

 

Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:

 

Maksudnya: “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu”. Riwayat Bukhari & Muslim

 

Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:

 

Maksudnya: “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.

 

Sabda Rasulullah s. a. w

 

Maksudnya: “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”. Riwayat Ibnu Majah

 

Aishah r. a. berkata: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

 

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain

 

Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

 

10. Mengadakan Usrah Keluarga

 

Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:

 

Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.

 

Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.

 

Satu proses tarbiah diri dan keluanga.

 

Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam rumah.

 

11. Halaqah Muhasabah

 

Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

 

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:

 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) ; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

 

 

-Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin

Apabila telah tampak tanda-tanda tamyiz pada seorang anak, maka selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal- hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan tumbuh dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.

Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya. Di antara adab-adab dan kiat dalam mendidik anak adalah sebagai berikut:

1. Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua, red). Kemudian cegahlah ia dari memandangi makanan dan orang yang sedang makan.

2. Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Hendaknya mengunyahnya dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

3. Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan (harus pakai lauk ikan, daging dan lain-lain) supaya tidak menimbulkan kesan bahwa makan harus dengannya. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, yaitu hanya memen-tingkan perut saja.

4. Ditanamkan kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak yang pada akhirnya akan sulit bagi dia melepaskannya.

5. Sangat disukai jika ia memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan dari sutera. Dan ditegaskan bahwa sutera itu hanya untuk kaumwanita.

6. Jika ada anak laki-laki lain memakai sutera, maka hendaknya mengingkarinya. Demikian juga jika dia isbal (menjulurkan pakaiannya hingga melebihi mata kaki). Jangan sampai mereka terbiasa dengan hal- hal ini.

7. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan memberikan pendidikan adab yang baik sedini mungkin kepada mereka.

8. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur’an dan buku- buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur’an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa mencintai dan menela-dani mereka. Dia juga harus diberitahu tentang buku dan faham Asy’ariyah, Mu’tazilah, Rafidhah dan juga kelompok-kelompok bid’ah lainnya agar tidak terjerumus ke dalamnya. Demikian pula aliran-aliran sesat yang banyak ber-kembang di daerah sekitar, sesuai dengan tingkat kemampuan anak.

9. Dia harus dijauhkan dari syair-syair cinta gombal dan hanya sekedar menuruti hawa nafsu, karena hal ini dapat merusak hati dan jiwa.

10. Biasakan ia untuk menulis indah (khath) dan mengahafal syair- syair tentang kezuhudan dan akhlak mulia. Itu semua menunjukkan kesempurnaan sifat dan merupakan hiasan yang indah.

11. Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagia- kannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, hendaknya jangan disebar-kan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahwa apa yang dilakukannya tidak baik.

12. Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

13. Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam ber-komunikasi dengan anak. Jangan menjelek-jelekkan atau bicara kasar, kecuali pada saat tertentu. Sedangkan seorang ibu hendaknya menciptakan perasaan hormat dan segan terhadap ayah dan memperingatkan anak-anak bahwa jika berbuat buruk maka akan mendapat ancaman dan kemarahan dari ayah.

14. Hendaknya dicegah dari tidur di siang hari karena menyebabkan rasa malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, di malam hari jika sudah ingin tidur, maka biarkan ia tidur (jangan paksakan dengan aktivitas tertentu, red) sebab dapat menimbulkan kebosanan dan melemahnya kondisi badan.

15. Jangan sediakan untuknya tempat tidur yang mewah dan empuk karena mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi-sendi menjadi kaku karena terlalu lama tidur dan kurang gerak.

16. Jangan dibiasakan melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi, sebab ketika ia melakukannya, tidak lain karena adanya keyakinan bahwa itu tidak baik.

17. Biasakan agar anak melakukan olah raga atau gerak badan di waktu pagi agar tidak timbul rasa malas. Jika memiliki ketrampilan memanah (atau menembak, red), menunggang kuda, berenang, maka tidak mengapa menyi-bukkan diri dengan kegiatan itu.

18. Jangan biarkan anak terbiasa melotot, tergesa-gesa dan bertolak (berkacak) pinggang seperti perbuatan orang yang membangggakan diri.

19. Melarangnya dari membangga-kan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu’, lemah lembut dan menghormati temannya.

20. Tumbuhkan pada anak (terutama laki-laki) agar tidak terlalu mencintai emas dan perak serta tamak terhadap keduanya. Tanamkan rasa takut akan bahaya mencintai emas dan perak secara berlebihan, melebihi rasa takut terhadap ular atau kalajengking.

21. Cegahlah ia dari mengambil sesuatu milik temannya, baik dari keluarga terpandang (kaya), sebab itu merupakan cela, kehinaan dan menurunkan wibawa, maupun dari yang fakir, sebab itu adalah sikap tamak atau rakus. Sebaliknya, ajarkan ia untuk memberi karena itu adalah perbuatan mulia dan terhormat.

22. Jauhkan dia dari kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang ingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

23. Ajari ia duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Demikian cara-cara duduk yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam.

24. Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau dzikir kepada Allah.

25. Cegahlah anak dari banyak bersumpah, baik sumpahnya benar atau dusta agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

26. Dia juga harus dicegah dari perkataan keji dan sia-sia seperti melaknat atau mencaci maki. Juga dicegah dari bergaul dengan orang- orang yang suka melakukan hal itu.

27. Anjurkanlah ia untuk memiliki jiwa pemberani dan sabar dalam kondisi sulit. Pujilah ia jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal tersebut.

28. Sebaiknya anak diberi mainan atau hiburan yang positif untuk melepaskan kepenatan atau refreshing, setelah selesai belajar, membaca di perpustakaan atau melakukan kegiatan lain.

29. Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk shalat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah- perintah.

30. Biasakan anak-anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, pengajar (ustadz) dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat. Dan sebisa mungkin dicegah dari bermain-main di sisi mereka (mengganggu mereka).

Demikian adab-adab yang berkaitan dengan pendidikan anak di masa tamyiz hingga masa-masa menjelang baligh. Uraian di atas adalah ditujukan bagi pendidikan anak laki-laki. Walau demikian, banyak di antara beberapa hal di atas, yang juga dapat diterapkan bagi pendidikan anak perempuan.

WaAllahu ta’ala a’lam.

Dari mathwiyat Darul Qasim “tsalasun wasilah li ta’dib al abna”” asy Syaikh Muhammad bin shalih al Utsaimin rahimahullah . Diterjemahkan oleh, Ubaidillah Masyhadi

http://mifty- away.tripod. com/id44. html

===

 

Moga ALLAH subhanahu wa ta’ala memelihara kita dan keluarga kita dari api neraka, amin.

Sebarkan…

I really miss my old time….my friend….entah bila lagi dapat gathering sama-sama…. Masa berlalu..keadaan berubah….corum semakin kurang…ada yang kawin….beranak….transfer… Bz with bakery…macam-macamlah reason yang tidak membolehkan kami berkumpul..bercerita… Jungle tracking…picnic…macam dulu-dulu..

 

Pau cikgu Hadi….entah bila lagi dapat makan….ingat juak dolok time mula-mula buat ‘project’ cuba resepi pau….

 

Guy siap kutuk lagi pau yang aku polah.

 

“Sik da rupa pau jak tok”

 

Jungle tracking….entah bila lagi nak stat…

 

Aerobic…entah kemana…

 

Uwauwa….semuanya semakin jauh….

 

Min, lamak dah kita sik da facial session ooo…

 

Guy, Aswita, Liza, Erna, (Min sik masuk list)….lamak dah kita sik jungle tracking…. Yang tujuan asalnya nak kurus…tapi macam ne?…Min dah standby kat rumah sewa kmk orang with nasi lemak and kuih-kuih….hujung2 peluh sikit jak keluar…lemak yang banyak masuk..hahahaha…

 

Nasib juak ada Yahoo Messenger….web site..dapat juak memantau ‘berita terkini’….hehehe…

 

Bak kata orang jauh di mata, dekat di hati.

 

To my friend, semoga kita masih berkesempatan untuk ‘bergathering’ macam dulu-dulu..

 

Hopefully our friedship stay forever…muahmuah..

I was touched..

Petang semalam, aku balik rumah ambil beberapa helai baju before pegi ambil Abrisam di rumah pengasuh.

 Malam tadi kami masih bermalam kat rumah Mak Aji Rappi. Dia tak bagi aku dan Abrisam balik rumah until my hubby datang.

 Then, aku pergi ambil my darling baby, Abrisam. Masa aku sampai, dia tengah tido.

 Ohh…aku duduk kejap. Jam dah dekat 6.00pm. I have to go. Aku nak avoid bawa Abrisam dalam waktu senja @ magrib. It’s not good. Syaitan sedang berkeliaran. Oh no.

 Dalam masa yang sama, I am worry becoz he was sleep. Aku takut dia bad mood kalau aku angkat dia time tido. Based on my experience dia mesti ‘melalak’ everytime dia rasa tidur nya ‘terganggu’…

 Perlahan-lahan aku angkat dia, then terus masukkan dalam keta. Dia buka mata kejap n ada bunyi rengek. Aku stat enjin. Terus jalan. Syukur, dalam perjalanan dia tidur dengan tenang.

 Sampai rumah Mak Aji Rappi, dia masih tidur. Aku angkat dia perlahan-lahan dan terus bawa ke bilik dengan harapan dia tidak akan bangun. Tinggi risikonya kalau dia bangun. Masa aku transfer dia ke dalam ‘uyut’. Suddenly, he opened his eyes. Waduhhh. Aku sedikit ‘panik’.

 Aku terus buai. Mula-mula tu tunjuk muka ‘tanda-tanda’ nak nangis. Aku terus je buai. Dia gerak-gerakkan badan. Mengeliat. Terus nangis dengan suara yang full valume.Aku masih buai. Dan dia menambah lagi volume tangisannya. Tak boleh jadi ni. Aku angkat dia dari ‘uyut’. Bawa jalan-jalan.Pujuk-pujuk. Tenang sekejap.

 Semasa aku letak kat tilam, nak bagi nenen dia melalak lagi. Tapi masa hulur nenen tu dia nak juga. Tapi nenen sambil merungut-rungut. Pas tu sambung lagi menangis. Letak depan tv, pun tak nak. Mak Aji Rappi cuba pujuk. Tak nak juga.

 Entah berapa kali aku angkat , dukung, letak balik. Penat rasanya. So, aku letak kembali dalam ‘uyut’. Aku terus buai walaupun tangisan nya itu sungguh menakutkan. Full valume.

 Lastly, maybe penat. Dia tertidur juga. Baru sekejap terlelap, tiba-tiba alarm rumah berbunyi. Dia terus buka mata. Gangguan bunyi. Tangisan nya berpanjangan. So aku angkat dari ‘uyut’. Alarm masih berbunyi. So Mak Aji Rappi ajak aku ke rumah kawan anaknya untuk minta bantuan.

 Abrisam masa tu dah cool.

 Lepas alarm tak bunyi lagi. Abrisam pula yang bunyi. “Melalak” lagi. Masa hubby call. Aku pasang loud speaker. Letak hand phone sebelah Abrisam. Hubby ‘pujuk’ Abrisam thru hand phone.

 Surprise!!!. Abrisam sahut abi nya…Senyum…My baby is only 2 month plus…dah pandai sahut telefon….budak bijak n canggih…

 Hubby masih bercakap-cakap dalam hp.

 Abrisam jawab sambil senyum.

 ”Ukuk…eah…ukuk…wee…” (entah apa-apa bahasa Abrisam). Seronok betul dia dapat dengar suara abi nya. Terus diam. Tak nangis lagi.

 ”Dia rindu abinya tu .” Kata Mak Aji Rappi.

 At that moment, i was touching. I did try not to but the tears already welled up my eyes. Just before the tears spilled over my eyelids, aku cepat-cepat eksyen ke tandas. Segan ngan Mak Aji Rappi.

Lama aku dalam toilet. I was drowned in my emotion and I was trying hard to stabilize myself. I wiped my face. Tears still running down my cheeks.

Aku kesian Abrisam. Mungkin betul dia rindu abi nya. Sudah 3 minggu!!! Hubby tak balik. Banjir di Marudi, dan ada sedikit tugasan yang tidak membolehkan beliau meninggalkan pusat pada hujung minggu.

Masa dah cool, aku keluar toilet. Abrisam masih lagi ‘bercakap-cakap’ ngan abinya. Aku ambil telefon dan bercakap dengan hubby. My voice was already wobbly. Entah bila kami dapat hidup sebumbung. Dulu, sedih berjauhan dari hubby, masih minimum. Tapi, bila dah ada anak, especially time anak ‘meragam’… I really miss my hubby. I need him.Untuk sama-sama pujuk Abrisam. Gantian dukung. Baru ada semangat dan motivasi.

To all, please pray for us. Supaya kami di permudahkan jalan untuk cepat-cepat hidup sebumbung. Tolong jangan bagi cadangan supaya aku berenti kerja, dan ikut saja hubby. Belum masa nya sekarang. Aku sedang berusaha sekarang untuk segera dapat berada di sisi hubby, dan dalam masa yang sama aku masih bekerja.

Semoga doa senyap dari kalian tanpa pengetahuan aku di makbulkan Allah.

“Dah lah ya.. Jangan sedih-sedih. Kelak Abrisam sedih juak nangga kitak sedih.Cepat bagi nya nenen sementara nya dah sik nangis.”Kata hubby.

I think it was sweet to see the fatherly side of him. Even though it was quite in a different way like most fathers do…. “Pujuk baby jarak jauh”.Hehehe. Mujur ada hand phone.

I should say a lot of thanks to the technology.

Aku baru perasan….yang web site ku kini dah jadi macam web site anak ku…. sejak berkahwin, mengandung dan kemudian melahirkan… Aku memang semakin banyak berkongsi cerita… Secara terbuka…

Bak kata hubby..web site ku ni dah jadi macam diary…kalau boleh semua nak di tulis dan di ceritakan di sini..

Sebenarnya , aku menulis untuk anak-anak aku……  Aku menulis bukan la bertujuan nak menunjuk kepandaian aku menulis….  Aku saja nak berkongsi cerita pada yang sudi membaca web site ku….di samping, aku mahu setiap itu tetap segar di dalam ingatanku….kerana manusia mudah lupa!!!

Kalau boleh semua yang aku lalui, alami aku nak tulis…terutama sekarang pengalamanku bersama anak ku …….(anak-anakku-coming soon)…. Aku harap bila mereka sudah dewasa dan dapat membaca, mereka dapat menghayati semula pengalaman mereka semasa membesar….. Dan dari itu, akan sentiasa ingat sejarah dan asal usul mereka…

Dan mungkin mereka boleh mengambil iktibar…serta mungkin dengannya aku harap mereka akan lebih menghargai aku sebagai ibu mereka…lebih-lebih lagi apa saja yang aku lalui bersama mereka…penulisan ini sangat penting…kerana aku yakin aku tidak akan dapat bercerita semuanya apa pengalamanku, apa yang aku lalui, hadapi dalam membesarkan mereka di saat mereka sudah ‘mengerti’…atas faktor usia yang semakin meningkat…dan pastinya ingatan semakin kabur waktu itu…hehehe

 Setelah bergelar ibu….baru aku tahu ‘rasa’nya menjadi seorang ibu… aku dapat memahami mengapa seorang Ibu itu lebih bereaksi kalau sesuatu berlaku berkaitan anak-anak itu…… Lebih tegas dalam mendisiplinkan anak…. Lebih kecewa kalau anak tidak memakan masakannya…. Lebih marah kalau anak tidak mendengar kata…… Lebih hampa kalau anak kecewa…. Lebih gembira kalau anak berjaya…..pokok pangkal nya lebih ber ‘emosi’…lebih ‘panik’ jika sesuatu berlaku pada anak…

Kerana aku juga begitu sekarang…..

watie1

Semasa kereta menghampiri trafic light.

“Berenti….berenti…” Kata Aiman.

“Kenapa?”. Soalku buat-buat tak tahu.

“Aunt Mang tak tengokkah tanda merah tu.”

“Iyalah kenapa”.Aku saja-saja tanya.

“Merah tanda berhenti. Kuning tanda sedia untuk berhenti. Hijau tanda boleh jalan.” Aiman explain.

Aku senyum.

“Sapa yang ajar?” Aku tanya.

“Mak. Saya pun ada tengok iklan dalam tv.”Aiman jawab.

Semasa kereta menghampiri bukit.

Kereta macam tak berapa pick up. Iyelah kancil kan.

“Padam aircond.Nanti kereta tak dapat naik bukit”.kata Aiman sambil tangan nya memadam aircond.

Amboi. Kecil-kecil lagi dah banyak tahu. Budak bijak.Baru 4 tahun.

pic1

Memori Raya Aidilfitri 2008…Aku senyum sendiri di office pagi ni… Entahlah tiba-tiba teringat kat Aiman..anak saudaraku..

Semasa dalam perjalanan berhari raya di kampung iparku…

“Aunt Mang(panggilan untuk ku)…jum kita lawan tangan sapa yang kuat..”sambil Aiman menghulur tangan untuk beraksi denganku.

“Ok.” Aku juga hulurkan tangan.

“Kejap ya”..kata Aiman.

Aku tunjuk muka confuse.

“Ya Allah. Bagilah aku jadi kuat.”Aiman berdoa. Aku senyum.Aiman baru 4 tahun. Alhamdulillah dia sudah faham erti berdoa.

Kemudian, dia terus hulurkan tangan. Kami terus beraksi. Aiman bersungguh-sungguh. So aku buat-buat kalah lah.

Main lagi. Masih aku yang kalah.

“Aunt Mang tak berdoa tu lah kalah. Sini saya ajar aunt Mang berdoa.”

“Ikut ya.. Buat tangan macam ni .”(menunjukkan kepada ku cara berdoa)

“Ya Allah, bagilah aunt Mang kuat.”

So, kami cuba main lagi.

Kali ni, Aiman pura-pura kalah.

“Ha…kan saya dah cakap. Kita mesti berdoa. Baru dapat menang.”kata Aiman.

Hubby yang tengah drive sengih-sengih. Aku pun sengih plus bangga anak buahku sungguh bijak.

A very good boy.

Sumber :http://muhtarsuhaili.wordpress.com

Malam Bersamamu Palestin Di Miri – Ahad, 1 Feb 2009

Poster Malam Bersamamu Palestin di Miri

“Program Malam Bersamamu Palestin 2009 Anjuran AMAL Miri

As-Sarawaki, 20 Muharram 1430H: Alhamdulillah! “Mukhtar, jangan sesekali pernah berhenti berjuang!”, itulah nasihat murabbi saya yang sentiasa saya pegang utuh insya Allah. Dalam menetapkan sikap mengenai isu Palestin dan dalam mencabar Israel laknatullah yang semakin sombong, angkuh, bongkak, takabbur dan biadap hari ini, semangat “jangan sesekali pernah berhenti berjuang” wajar untuk dipasakkan dengan kukuh dalam tubuh ummah.

 

Berita Terkini dan Sensasi:

1. Malaysiakini: Rasmi: PAS rampas kerusi Parlimen KT

2. Harakahdaily: PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!

3. Utusan Malaysia: Pas menang Parlimen Kuala Terengganu

 

Nota 1: Tahniah kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Wakaf Mempelam. Selamat berkhidmat Tuan YB! 

Nota 2: Saya menyokong perjuangan Hamas (dan bukannya Fatah) di Palestin!

 

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan satu perkara yang benar lagi relevan serta perlu difahami dalam memperihalkan krisis Palestin-Israel:

 

“Kaum Muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan ataupun intifada ini berlaku adalah kerana mereka merompak tanahair bangsa Palestin, mereka menumpahkan darah kaum Muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian”.

Justeru, atas kesedaran, kepedulian dan keprihatinan inilah, maka Yayasan Amal Malaysia (AMAL), Cawangan Sarawak, Unit Miri mengambil inisiatif untuk melaksanakan program-program kesedaran mengenai isu dan perjuangan Palestin. Dengan penuh keinsafan beserta kefahaman di atas, AMAL Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri dan beberapa badan-badan Islam yang lain akan menganjurkan Malam Bersamamu Palestin sebagai kemuncak kepada aktiviti-aktiviti Pelancaran Tabung Dana Palestin, Khutbah Jumaat Isu Palestin beserta Qunut Nazilah, Kempen-kempen, Edaran Risalah, Roadshow-roadshow, XPDC Semarak Isu Palestin di Bandaraya Miri dan Training-of-Trainers (ToT) seperti berikut:

 

Tarikh: 1 Februari 2009 (Ahad)

Masa: 7.30 malam

Tempat: Masjid At-Taqwa Miri

Penceramah: Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

(Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE))

Dirasmikan Oleh: Datuk Ir. Hj. Daud Bin Abdul Rahman

(Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak)

Anjuran: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Unit Miri

Dengan Kerjasama: JAIS Miri, Badan-badan Islam Miri.

 

Banner Malam Bersamamu Palestin

“Muslimin dan Muslimat Dengan Segala Hormatnya Dijemput Hadir”

 

Inisiatif Program-program Palestin Di Miri, insya Allah:

  • 9 Jan 2009: Pelancaran Tabung Dana Palestin 
  • 9 & 16 Jan 2009: Khutbah Jumaat Isu Palestin & Qunut Nazilah
  • 9, 16, 23 & 30 Jan 2009: Pameran dan Edaran Risalah Palestin
  • 13 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, IKBN Miri
  • 17 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, SMK Dato’ Permaisuri
  • 18 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, SMK Agama Miri
  • 20 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, ILP Miri
  • 21 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, SM Sains Miri
  • 22 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Kompleks Kebajikan Hamidah
  • 23 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, PCSB
  • TBA Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Kolej Hj. Bujang
  • 29 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Masjid Taman Tunku
  • 31 Jan 2009: XPDC Semarak Isu Palestin, Bandaraya Miri
  • 31 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Masjid Ar-Rayyan
  • 1 Feb 2009: Training-of-Trainers (ToT) Bersama PACE
  • 1 Feb 2009: Program Perdana Bersamamu Palestin, Masjid At-Taqwa

 

frame63643873

18 Jan 2008 (Ahad)

 

  Hari Ahad yang lepas ‘angin’ Abrisam tak berapa ok…tak nak naik ‘uyut’…nak bergayut je ngan ummi…nenen je…sampai tertidur-tidur….pas tu kalau aku cuba alih dalam ‘uyut’..dia stat buka mata n mula rengek n nangis…

Aku sapulah minyak angin kat perut..iyelah…baby ni kalau meragam selalunya mesti ada masalah masuk angin or kembung perut…kata org tua…

 Pas sapu minyak angin n urut sikit2 barulah dia lega…

 Malam hari tu dia nangis….kuat sampai menjerit2…perut nya macam ada bunyi angin…so aku sapu minyak lagi….dan minumkan air gripe….panik aku sekejap…

 Pas tu tidur lagi…bangun just untuk nenen..tapi tak nangis lagi…

 19 Jan 2008 (Isnin)

Petang masa ambil Abrisam di rumah pengasuh…

  ”Kak, nya meragamlah pagi tadik…nangis ajak…kali nya sakit perut…nya sikda buang air besar…”adu pengasuh.

 ”Tapi pagi ajak…lepas ya nya ok…sik nangis lagi..” Sambungnya.

 So aku agak legalah…tak pe nangis kalau kejap-kejap. Nama juga baby kan. Tak sah lah kalau tak nangis.

 So on the way balik rumah….Abrisam tidur…sampai kat rumah aku alih dalam ‘uyut’…mula tu dia ok je…tak lama lepas tu dia mula nangis…menjerit2….suaranya besar…aku rasa satu leret rumat tu boleh dengar suara Abrisam…

 Aku sapu minyak angin….tapi dia tetap nangis menjerit2…macam-macam je surah aku bisik ke telinganya…lain lagi hand phone ku yang ku pasang orang mengaji…buka tv oasis kalam Al-quran… Semua tak berkesan nak pujuk Abrisam..

 Aku walaupun panik….sempat capai apa yang patut dan bawa Abrisam ke rumah makcik yang diam di Piasau… On day way….Abrisam ok je…tak de nangis…..

 Sampai kat rumah makcik tu….terus makcik ambil…bisik2 surah and sapu minyak angin kat perut…Abrisam terus senyum-senyum sambil bercakap-cakap ngan makcik…

 Uhhh…punyalah aku lega…malam tu kami tidur rumah makcik…

 Masa nak tidur dia stat lagi meragam n nangis…tapi kejap je…pas tu tidur..bangun nenen je.. Tapi tak nangis…

 Makcik kata dia masuk angin…almaklum perutnya bunyi2 macam ada angin je….

 20 Jan 2008 (Selasa) 

Aku baru lepas sms pengasuhnya….saja nak tanya keadaan Abrisam… Syukur…dia tak meragam..sedang tidur…

11.30am aku call lagi…Abrisam masih tidur..maybe dia dah ok…lega sikit…

 12.50pm aku call lagi…Abrisam tak da nangis…a very good sign…tapi belum juga buang air besar…

Nampak gayanya kalau 2.30pm ni belum buang air besar aku akan bawa ke klinik…nanti tak pasal-pasal dia meragam lagi malam karang…lagipun dah masuk hari ke 3 dia tak poo..poo..kes sembelit dah ni…

Lagipun aku ni dah tak karuan di office ni….jasad je kat office..tapi hati kat rumah pengasuh Abrisam….terkenang-kenang Abrisam…

Mungkin ini yang di namakan risau seorang ibu…

 Petua 

Ni ada tips yang rakan seoffice ku bagi untuk buang angin…

 ”Ambil beberapa helai daun sirih…panaskan pada api perlahan…biarkan suam dan gosok ….dua helai simpan di belakang…dua helai lagi simpan kat perut…balut guna barut….”

 Petua dari Liza, kenalan alam maya …hehehe…

 ”Untuk kembung perut, rempah campur di balut dengan kain putih…ikat…layur atas api, then demoh-demoh atas perut”

 ”Kalau selesema…buat minyak kunyit….kunyit hidup di tumbuk..campur minyak masak sikit…gaul…pas tu sapu kat batang hidung…sapu juga sikit dalam lubang hidung untuk bagi kering hingus..”

 ”Kalau demam dan kepala panas,ambil daun bunga raya dan campur sikit air paip…ramas-ramas daun tu dan letak atas kepala baby…sapu dengan kerap..”

 ”Untuk cacing…ambil daun cili kampung…campur kapur makan …air sikit…gaul-gaul dengan tapak tangan..pas tu sapu atas perut baby..”

 ”Kalau batuk pula kapur makan+perah air asam lima nipis..gaul…sapu kat tekak dan dada..”

 Ada mak saudara punya petua :

 ”Kalau baby tu asyik nangis or meragam…cuba check ubun-ubun…kalau agak tenggelam..tu tanda baby kembung perut….tumbuk bawang merah dan sapu atas ubun-ubun…”

 ”Minyak kayu putih campur ngan baby oil….kayu putih je pun boleh..sapu kat perut…belakang.. urut juga kat betis..”

 Banyak juga petua sebenarnya…..kalau tak berkesan kena lah hantar ke klinik….takut ada sakit yang lain pulak…

« Newer Posts - Older Posts »