“Sesungguhnya setiap jiwa itu tidak akan mati kecuali dengan ijin Allah dan takdir dari-Nya.Apabila sudah ditakdirkan waktunya mati, maka tidak ada pilihan lagi kecuali mati. Tidak bergeser sedikitpun. Allah berfirman:”Tiap- tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula memajukannya” (Al-A’raaf: 34)
Alhamdulillah….pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi….kerana akhirnya semua mangsa nahas helikopter Nuri…berjaya di temui dan sudah pun selamat di kebumikan….
Semoga peristiwa ini akan menjadi ikhtibar…dan menambahkan lagi keyakinan kita bahawa sesungguhnya kematian itu pasti……dan tiada satu pun yang bernyawa akan terkecuali….
Dan untuk ahli keluarga…sanak saudara…rakan-rakan mangsa…semoga tabah menghadapi dugaan kehilangan insan yang di sayangi…
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya.
(Mereka berdoa Dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”.(AL-BAQARAH:286)
Aku dan rakan serumah memang sentiasa mengikuti kisah ini dari awal lagi…walaupun tidaklah sepenuhnya….kami turut merasakan kesedihan ahli keluarga mangsa….
Hmmm…..aku sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini…..turut kehilangan insan-insan yang hampir dengan ku….
Makcik Isah, Muliana, Kak Tini, Abang Mohd Azrul, Pakcik Sokding, Boss Perempuan… Semuanya sekarang hanya tinggal memory….Semoga mereka semua di tempatkan bersama-sama orang yang beriman….
Saat mula-mula menghadapi kehilangan insan-insan tersebut aku sangat sedih….jiwa rasa sunyi dan kosong… dan aku rasa macam mimpi…
Pakcik Sokding… my late favourite uncle…. He’s nice, soft spoken, selalu senyum… and he had always have confidence on me that i am gonna be somebody…..seminggu jaga beliau dalam keadaan koma di ICU… Sehinggalah hari yang ke 5 (kalau tak salah)…..aku di maklum kan oleh doktor….bahawa beliau sudah mula ada respond….dan di jangka akan tersedar malam itu…..aku dan sepupu-sepupu …. Terus membacakan surah Yasiin…..doktor turut meminta kami supaya selalu bercakap-cakap untuk memberi beliau semangat….tak dapat aku lupakan detik-detik itu… Setiap kali kami bercakap-cakap dengan pakcik….air mata beliau mengalir dengan deras…. Saat itu aku dan sepupu pasti akan menangis juga…
Selepas solat Asar, kami di khabarkan lagi berita gembira…..doktor memaklumkan bahawa condition pakcik semakin ok….walaupun belum sedar…doktor meminta agar kami terus berdoa.. Mudah-mudahan beliau akan sedar dari koma…..
Selepas solat Magrib….aku, seorang bapa saudara ku, Pakcik Riko dan sepupu-sepupuku keluar makan… Walaupun keberatan meninggalkan pakcik di wad….tapi aku terpaksa jadi driver….lagipun ada saudara mara yang lain akan jaga pakcik di wad….
Tengah tunggu makanan yang di order…aku rasa badanku berdenyut-denyut dan aku tiba-tiba rasa berdebar-debar …..dan aku maklumkan perkara ini pada Pakcik Riko… Beliau segera meminta supaya kami bungkus sahaja makanan itu…..tidak sampai 2 minit ….seorang sepupuku call….memaklumkan pakcik Sokding kritikal……kami segera balik ke hospital…..dan dalam perjalanan kami di maklumkan pakcik meninggal….. I could’t talk at that moment…. Its something truly made me sad…… “Innalillahwainnailaihirajio’un” finally i was saying to myself….
Setiap kali mendengar berita kematian insan-insan yang aku kenali…..aku memang menangis….bukan kerana aku tidak redha dengan takdir Allah…tapi sebagai manusia biasa aku tidak dapat lari dari perasaan sedih atas kehilangan itu…. Sedih kerana berpisah…. Sedih untuk menghadapi hari-hari seterusnya tanpa mereka…..
Walaubagaimanapun, I believe that everything happen to us Allah has a purpose for it…dan pasti ada HIKMAH di sebaliknya…..
Allah berfirman :
Ertinya : “Tiadalah menimpa sesuatu musibah di dalam bumi ini atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membangga diri” (Al-Hadid : 22-23)
Dalam kita berdukacita, banyakkanlah berdoa….kerana saat inilah doa kita tulus dan ikhlas, kita perlu ingat kedukaan itu tidak berfaedah sekali, sebab segala kejadian yang telah lalu walaupun bagaimana meratapinya, ia tidak akan kembali….malah kerap meratapi apa yang telah lalu akan merosakkan badan……
Rasulullah SAW bersabda :“Banyak-banyaklah mengingat barang yang memusnahkan segala kelazatan itu, kerana siapa yang di dalam kesempitan, kalau dia ingat mati, dia insaf bahawa dia akan di sambut oleh kesempitan”
Semoga kita redha dan tabah menghadapi apa jua ketentuan Ilahi. Anggaplah ujian daripada Allah itu adalah rahmat dariNya….itu tanda Allah sayang pada kita…
Wallahu a’la wa a’lam.


Semoga Allah selalu memberika tempat yang lapang dan nyaman untuk orang-orang tercinta yang telah meninggalkan kita, Amin…
cinta ibu kpd anak adlh cinta tulus suci, Soffeyah Khadeejah Binti Awang (26/12/08-21/06/09), permata hati yg dinanti sekian lama, punah luluh hancur berderai perasaan q apabila saat perpisahan itu benar-benar muncul, betapa kasih q kpd Sofeeyah, aq tak pernh terlints sedkit pun pnykity adlh seserius bg2, kepkrn pr dktor tdk prnah mencntas kykinan q sebgi ibu bhw aq yakin Sofee hnylh skit biasa & ada miracle dpd Allah SWT utk Sofeeyah……….pelbgi isyrat & tanda Allah tnjukkn pd q bhw aq akan meratapi pemergian permata hati q, Sofeeyah, nmun, sdikit pun tidk pernh mencants keykinn q bhw Sofeeyah menerima jemputan Allah swt………..