Assalamualaikum…..
Kepada semua pembaca blog saya…ingin saya kongsi kisah di bawah yang saya ambil daripada blog Muhtar Suhaili….dalam banyak-banyak kisah ibu bapa yang saya baca….saya sangat ‘touching’ dengan yang ini…saya rasa cerita yang Muhtar coret ini sangat ‘dekat’ dengan saya…
Saya seringkali gagal mengawal air mata…kalau bercakap tentang ibu bapa….entah mengapa… saya mudah sangat tersentuh….walaupun setakat ini saya belum pernah lagi mengecewakan ataupun menyakiti hati kedua ibu bapa saya tahap yang tak dapat di maafkan…
Saya bersyukur untuk itu….dan semakin saya matang…saya semakin ‘bijak’ dan ‘pandai’…. dalam ‘melayan’ kedua orang tua saya… saya mula untuk memandang mereka dengan pandangan hati….
Saya sedar….kasih sayang anak-anak terhadap kedua ibu bapa tidak mungkin menyamai kasih sayang ibu bapa pada anak-anak….ia tak mungkin ‘exactly’..
Pernah suatu ketika dulu…saya saksikan seorang anak perempuan menengking dan memarahi bapa nya di hadapan saya….di mana, si bapa menangis teresak-esak…..dan saya yang ada di situ turut menangis…..sedangkan anak perempuan beliau….sudah seperti orang ‘gila’…. marah tak henti-henti tanpa belas pada bapa nya… dan si anak langsung tak menangis… saya heran melihat anak begini….
Saya turut juga kongsikan di sini tulisan ustaz Hasrizal….”Cinta Tanpa Syarat”….yang turut mengundang air mata saya ketika membacanya…
Semoga ada manfaat untuk pembaca sekalian… sama-samalah kita sayangi kedua orang tua kita… dan sama-samalah kita berdoa….semoga kita dan ahli keluarga kita masih lagi ‘sekeluarga’ di Syurga Allah…Amiin…
Sumber :
http://muhtarsuhaili.wordpress.com
As-Sarawaki, 3 Julai 2007: Alhamdulillah, pada hari Jumaat dua minggu yang lepas iaitu pada 22 Jun 2007, saya dan lebih kurang 70 orang rakan sekerja telah terlibat dengan satu program kebajikan mengecat bangunan Miri Home For The Aged di bawah projek “We Care, We Share” anjuran Malaysian Senior Staff Council (MSSC), Sarawak Shell Berhad.
Rumah Kebajikan Orang-orang Tua ini telah dibina pada tahun 1975 di Jee Foh Road, Lorong 7, Krokop, Miri dan menempatkan seramai 24 warga emas berbangsa Cina (7 wanita dan 17 lelaki) dan yang paling tua berusia 96 tahun. Kesemua warga emas ini tinggal secara percuma (termasuk perbelanjaan perubatan) di Old Folk’s Home yang ditadbir oleh Lembaga Amanah Kebajikan Cina Miri serta diurus selia oleh 2 orang penjaga, selain seorang nun (ustazah Kristian – sekiranya analogi ini boleh diterimapakai). Selain itu, rumah kebajikan ini hanya mendapat RM1,200 subsidi kerajaan, dan yang lainnya dibiayai oleh Persatuan-persatuan Cina dan sumbangan derma orang ramai.
Saya sempat berbincang dengan beberapa orang sahabat Muslim yang turut serta dalam projek kebajikan ini yang sebenarnya minoriti daripada 70 orang sukarelawan yang terlibat. Antara yang menyayat hati ialah apabila melihat orang-orang tua yang ada di situ yang agak uzur. Timbul persoalan di hati saya: Alangkah bosannya kalau duduk di sini sebegini ketika hari-hari tua! Kasihan mereka terpaksa menghabiskan usia senja dalam keadaan di mana waktu makan ditetapkan termasuk dari pemerhatian saya ada loceng dibunyikan untuk menandakan masa makan, tiada gurau mesra anak-anak, tiada rengekan dan usikan manja cucu-cucu, tiada interaksi muhibah sanak-saudara, dan hanya teman senasib menjadi teman bicara seharian, selain persekitaran dan wajah alam serupa yang menjadi pemandangan sayu dan sayup setiap masa setiap ketika sehingga habisnya sisa-sisa hayat.
Dari itu, sayangilah ibu dan ayah! Gembira dan bahagiakanlah hidup mereka!
“Keratan Akhbar Laporan Program Amal di Miri Home For The Aged“
“Iklan Program ‘We Care, We Share’”
“Aktiviti-Aktiviti yang Dijalankan Sepanjang Program Kebajikan Tersebut”
Entri ini sebenarnya saya tujukan khusus buat ibu dan ayah saya yang tercinta. Meskipun entri ini istimewa buat mereka, saya yakin dan percaya mereka tidak akan membacanya. Bukan kerana tidak ada akses internet, tetapi kerana ibu dan ayah saya buta huruf, tidak tahu menulis, tidak tahu membaca! Ibu saya belajar setakat Darjah 2 sebelum berhenti sekolah kerana kemiskinan. Ayah saya pula tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah kerana telah menjadi yatim piatu sejak usia 5 tahun dan selepas itu tidak mampu ke sekolah dan semuanya kerana kemiskinan.
Ayah dan ibu saya dulunya merupakan pengait kelapa sawit dengan gaji bulanan kasar kedua-dua ibu dan ayah keseluruhannya hanya antara RM150 – RM300 sebulan. Di dalam ceramah motivasi yang saya sampaikan, saya selalu memberitahu kepada peserta, sekiranya program ‘Bersamamu’ ada pada ketika itu maka keluarga kami lebih daripada layak masuk ke dalam program tersebut. Apapun, alhamdulillah, kehidupan keluarga kemudiannya lebih selesa sedikit setelah ayah diberi peluang mengusahakan sebidang tanah pertanian yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Namun sejarah yang saya ceritakan ini bukan satu perkara yang membuat ibu dan ayah berasa malu tetapi inilah yang sesungguhnya membuat mereka gembira dan bahagia. Walaupun hidup dalam kemiskinan, ibu dan ayah saya bekerja keras dan berusaha gigih untuk memenuhi segala keperluan dan permintaan kami adik beradik dengan semampu mungkin. Ibu saya selalu berpesan: “Anak, biarlah ibu dan ayah sahaja yang susah, nanti bila besar jadilah orang yang cemerlang supaya dapat memperbaiki nasib hidup keluarga”.
“Ibu Oh Ibu.. Engkaulah Ratu Hatiku!”
Pengorbanan ibu dan ayah yang sesungguhnya telah banyak bersusah-payah demi melihat saya berjaya inilah yang telah membakar semangat diri untuk menjadi insan cemerlang dan mulia di dalam hidup. Wallahi, saya sudah banyak kali menitiskan air mata ibu dan ayah saya! Alhamdulillah, tangisan-tangisan itu adalah tangisan kerana bahagia dan bukannya tangisan kesedihan.
Saya masih ingat airmata ibu saya yang menangis gembira apabila saya mencipta sejarah antara 3 orang murid pertama di sebuah sekolah pedalaman – SRK Kelapa Sawit No.5 yang mendapat semua A iaitu 4A di dalam UPSR.
Saya masih ingat airmata ibu saya yang menangis gembira apabila saya menjadi anak buruh pertama di kawasan ladang-ladang kelapa sawit Niah tempat ayah saya bekerja yang mendapat semua A yakni 8A dalam PMR.
Saya pastinya akan ingat sampai bila-bila airmata ibu dan ayah apabila saya mendapat keputusan cemerlang Pangkat 1, Agregat 8 di dalam SPM dan mencipta sejarah apabila menjadi anak pertama Kampung Muhibbah yang menjejakkan kaki ke universiti. Malah pada ketika itu keluarga saya dan seluruh kampung mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan saya menyambung pelajaran ke menara gading.
Saya akan kenang sampai bila-bila airmata ibu saya di Lapangan Terbang Miri apabila menghantar saya bersama ayah untuk pergi mendaftar di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya dengan tambang kapal terbang adalah ehsan dari sanak-saudara. Malah airmata itu tidak berhenti menangis setiap kali datang menjemput ketibaan saya di lapangan terbang setiap kali cuti universiti dan airmata itu akan bercucuran lagi apabila menghantar saya pergi kembali ke kampus dengan menaiki belon (kapal terbang dalam bahasa Sarawak).
Saya tidak akan melupakan airmata gembira dan bahagia apabila ibu melihat perubahan hidup saya menjadi seorang yang menjiwai agama. Airmata ibu saya mengalir terharu apabila alhamdulillah saya merubah kehidupan lagha saya 180 darjah kepada kehidupan beragama (minaz zhulumati ilannuur – satu detik taubat yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata sehingga kini) pada tahun 1999. Inilah detik yang telah merubah saya sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini. Terima kasih dan syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat keinsafan dan kesedaran yang Kau tanjapkan dalam jiwaku. Semoga diri ini terus istiqamah dalam kebaikan berbekalkan semangat dan roh perjuangan Islam yang kental serta mati dalam husnul khatimah. Amiin.
Selain itu, masih segar di ingatan saya sedu-sedan tangisan ibu saya apabila saya mencipta sejarah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA pertama yang berasal dari Sarawak dan yang pertama dari jurusan kejuruteraan. Malah airmata ibu saya sentiasa menitis setiap kali melihat wajah saya tampil di kaca televisyen di dalam program Bicara Siswa dan Remaja. Ibu dan ayah saya menjadi terlalu bangga malah menerima penghargaan hormat dari masyarakat sekeliling kerana anaknya yang suatu masa dulu merupakan anak seorang pengait kelapa sawit mampu muncul secara langsung di televisyen. Disebabkan inilah ibu dan ayah beroleh nama harum dalam masyarakat. Bukankah sebutan nama yang dimuliakan dan punya maruah itu merupakan impian semua manusia?
Ibu ayah saya sekali lagi menangis apabila saya tersenarai menjadi salah seorang daripada tiga orang mahasiswa UIA yang terpilih mengikuti Latihan Industri Kejuruteraan di bumi Jerman pada April – Jun 2004. Katanya, anaknya menggembirakannya kerana bagi ibu ia bagaikan sebuah mimpi apabila anak Kampung Muhibbah mampu menjejak kaki ke Eropah. Malah setiap kali saya outstation di dalam mahupun ke luar negara kini pasti airmata ibu saya mengiringi pemergian saya. Kata-katanya dalam nada gurauan – “Anakku sekarang naik kapal terbang macam naik teksi!” Atas segalanya, alhamdulillah!
Dan tangisan yang paling istimewa dan masih terbayang di ruang mata ialah tangisan ibu dan ayah ketika mendakap hangat diri ini saat selesai Konvokesyen dan anaknya berjaya bergraduat dengan kelulusan cemerlang Sarjana Muda Kejuruteraan Mechatronics. Lebih dari itu, alangkah gembira dan berbesar hatinya mereka apabila anaknya telah menjadi seorang jurutera, Ex-Engineer Perodua dan kini Control and Automation Engineer di Shell - insya Allah Engineer Dae’i liridhalLah! Malah air jernih dari kelopak mata ibu dan ayah mengalir lagi baru-baru ini apabila adik saya yang kedua juga berjaya menyelesaikan pengajian dan bergelar graduan.
“Foto Kenangan Sekeluarga Ketika Bercuti dan Melawat Melaka”
Sungguh… Kesemua tangisan demi tangisan inilah yang sangat meruntun jiwa, menyentuh intuisi hati, menerjah sukma diri serta membangkit nyala rasa untuk menjadi anak soleh yang berjaya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka yang tidak mungkin diri ini akan mampu membalasnya. Ibu dan ayah.. Kudoakanmu beroleh SyurgaNya!
My Beloved Mother and Father…
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up… To more than I can be!
Ketahuilah bahawa cinta ketiga teragung setelah Allah dan RasulNya adalah kepada ibu dan ayahmu. Bahawa setiap lelah dan kesakitan yang ditanggung ibumu itu, adalah tanda dia menyayangimu sedari kau belum berada di depan matanya lagi. Setiap titis susu yang kau minum itu adalah umpama mutiara kasih dari ibumu. Manakala ayahmu, berpenat lelah mencari nafkah membesarkanmu. Peluhnya tiada setimpal dengan wang ringgitmu. Luka hatinya tiada terbayar dengan hartamu!
Maka, ayuhlah kita fahami serta menjalankan fungsi dan tanggungjawab kita sebagai anak yang mampu menggembirakan dan membahagiakan ibu dan ayah tercinta! “Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihani kami sejak kami masih kecil!” Amiin.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 23 – 24 bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘Ah!’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi.”
Wallahu a’la wa a’lam.
9 Responses to “Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu!”
Cinta Tanpa Syarat
May 13th, 2007 by saifulislam
Emak di sisi pusara Abah
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.
Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.
Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, “jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu.”
Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, “aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!” Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.
Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..
Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.
Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.
Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.
Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?
Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.
“Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap”, keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.
“”Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah”, itulah suara dari hati emak.
Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…
Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.
“Emak tak marah?”, saya cuba memberanikan diri bertanya.
“Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet”, itulah katanya.
Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.
Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.
Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.
Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.”
Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.
Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. “Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!”, jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.
Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, “ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini”. Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.
Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.
Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.
Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.
Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.
“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.
“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.
Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…
NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!
Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.
Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.
Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:
- Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
- Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
- Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
- Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
- Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
DUHAI BONDA
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada perhentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.
49 Responses to “Cinta Tanpa Syarat”
-
on 13 May 2007 at 11:41 pm2tariq_ziad
(T.T)
-
on 13 May 2007 at 11:49 pm3Nasibah
Assalamualaikum..
tak terbalas rasanya jasa ibu& ayah walau apapun yang dilakukan sang anak ..tak terbayar jerih seorang yang bergelar mama walau sesaat menjaga anaknya ini ..ingin saya berkongsi bersama sahabat semua..buku bertajuk kindness to parents by Abdul Malik Al Qasim elok dibaca agar kita dapat muhasabah diri masing2 dan setiap helain buku ni membuatkan pipi tak kering dng air mata… -
on 14 May 2007 at 12:14 am4YaWauSin MMU
Tak dapat saya nak ungkapkan apa2…Jasa dan pengorbanan ibu dan ayah mememang tidak ternilai…Lagi2 pada insan yang bernama ibu,,,haragailah pinjaman Allah itu selagi pinjaman itu ada didepan mata kita….ustaz doakan saya..selasa ini saya dah mula final exam..sekian
-
on 14 May 2007 at 12:20 am5islam
artikel yg baik Insha-Allah dpt memberi manfaat kpd kita di tgh kesibukan kotaraya agar kembali muhasabah diri terhadap tanggungjawab kita kepada kedua orang tua kita
-
on 14 May 2007 at 12:37 am6ecarraf
mengingatkan ana kepada mak ana di kampung,moga dia sabar menunggu anaknya yang sedang berjuang di perantauan..
-
on 14 May 2007 at 12:44 am7budaksedih
subhanallah.. Astaghfirullahal azim.. tersentuh betul hati saya.. saya baru berborak dengan ummi.. memang betul.. seolah hilang segala masalah dan keserabutan dalam kepala saya.. berkat ibu bapa.. tapi kadang-kadang sebagai seorang anak yang rapat dengan ibu, layanan sesetengah daripada kita berbeza terhadap seorang ayah.. knp ya?
sejarah saya di sekolah sama macam ustaz.. saya bertegas untuk berhenti daripada sekolah saya selepas beberapa kehendak saya dan teman-teman tidak diendahkan dan disekat.. sudahnya ummilah yang berulang alik mengadap mudir menjelaskan perkara
yang sebenar akibat jiwa saya yang memberontak.. kata ust saya x sabar.. mungkin ada benarnya.. tetapi ketika itu saya menganggap diri saya korban untuk perubahan jangka panjang.. semoga Allah merahmati guru-guru saya.. -
on 14 May 2007 at 1:47 am
8oga
baru terfikir kenapa dal
on 14 May 2007 at 1:47 am8oga
baru terfikir kenapa dalam mohon maghfirah daripada ALLAH dikaitkan dengan kasih sayang ibu bapa sewaktu kecil…………kerana ‘tanpa syaratnya’……….
waktu baca artikel ni terbayang satu demi satu pengorbanan ma dan ata (panggilan untuk ayah, lain sikit dari kebiasaan)
dan terbayang kesalahan2 ku pada ma dan ata……………….
on 14 May 2007 at 6:25 am9aimi
assalammualaikum,,,
rasa sedih kadang2 sebab dh lama tak duk dengan mak sejak belajar jauh2 dan belajar mengenal dunia ni…bile baca artikel ustaz, dan smlm pun baru je Hari Ibu disambut, rasa tak sabar nak balik rumah dan bercakap dengan mak, bercakap dan terus bercakap, tanpa jemu, nak tengok muka mak juga,,,
mak memang anugerah untuk kita di dunia ini,,,
Ya Allah,,,berikanlah aku peluang untuk membahagiakan ibuku,,,
on 14 May 2007 at 8:12 am10INSANkerdil
Assalaa mualaikum Ustaz… , saya orang baru di blog ustaz ni…saya minta izin copy artikel ini dan artikel2 ustaz yang lain ke blog saya [ di baca saya dan teman rapat saje] …… jazakillahu khoir
on 14 May 2007 at 9:05 am11che nub
assalamualaikum…kasih bonda terhadap anaknya tiada sempadan. tiada syarat seperti ustaz katakan…namun ramai mana daripada kita dapat bertahan…lebih-lebih lagi sekiranya usia bonda mula melanjut. kitaran hidup kembali kepada mula…apabila bonda mulai tua, urat mula sengal, anggota mulai kebas, maka perasaannya juga terjejas. Disebabkan perasaan itulah maka bonda mula bergantung-harap kepada anak-anak…sebagai anak, kita mesti peka dengan ibu…harap kita semua bersabar bila kekadang bonda acap kali bertanya benda yang sama, buat-buat tak dengar, minta dibelai (urut-urut dan picit-picit) dan lain-lain lagi…itu adalah proses biasa bagi perjalanan seorang insan…Allah taala menyuruh kita memberi layanan, perhatian dan cakna yang lebih kepada kedua ibu bapa lebih-lebih lagi bila mereka tua..apa tugas kita? tugas kita hendaklah bercakap lemah lembut, sopan santu dan merendahkan diri. Kita juga dilarang mengangkat suara lebih-lebih lagi dengan tengkingan…Na’uzubillah… keadaan ini berlaku apabila kita sama ada yang berkeluarga atau pun tidak, tinggal bersama dengan bonda… banyak pergaduhan, perceraian dan perselisihan berlaku dalam situasi sebegini…ada seorang penceramah di kursus perkahwinan menyarankan agar jangan tinggal dengan ibu selepas berkahwin…MasyaAllah, pening saya memikirkannya… Ibu vs Isteri… macam mana penyelesaiannya ustaz sama ada dari sudut psikologi mahu pun agama…macam mana hendak kita mengharmonikan keluarga yang terdiri dari pelbagai peringkat. Allah Musta’an… maaf, mungki isu ini agak sensitif…
on 14 May 2007 at 9:32 am12ummininasma
Salam. Ustaz, requesting permission to print this beautiful article. I want to make this as a constant reminder for me.
on 14 May 2007 at 9:38 am13saifulislam
Assalamualaikum. Terima kasih atas resppond yang diberikan.
Seperti biasa, artikel-artikel di saifulislam.com tidak berhajatkan kepada izin saya untuk disalin ke mana-mana. Cuma kalau dapat, janganlah ditinggalkan alamat asal artikel ini iaitu www.saifulislam.com . Itu sahaja
Terima kasih
on 14 May 2007 at 9:42 am14Adzlan
Assalamualaikum….
Saya meminta izin untuk menyalin beberapa artikel ustaz untuk dijadikan bahan bacaan dan renungan, panduan dalam melayari perjalan hidup ini.
Mudah-mudahan saya diberikan kekuatan oleh-Nya dengan membaca artikel-artikel ustaz dalam mengharungi dugaan dalam hidup ini.
on 14 May 2007 at 10:11 am15safuraaramli
sebak baca doa abah ustaz. sampai begitu sekali doa seorang bapa.. apa sangatlah doa kita sebagai anak..
moga saya balik menjadi anak solehah yang boleh dibanggakan ibu dan ayah, mencintai dan mengasihi mereka tanpa syarat..
on 14 May 2007 at 10:43 am16gee
Tak tahu nak gambarkan perasaan bila baca artikel ni…
Such a beautiful writing which I believe could touched anyone hearts…
on 14 May 2007 at 11:26 am17umn
rindunya kat parents..
on 14 May 2007 at 11:45 am18azzahra
Salaam….hr ni kt kolej ada prog khas kad ucpn utk ibu & akan dipos oleh pihak kolej kpd ibu…baru je tadi ana buat wishing utk mak di kg…hope tak lama lg, special card tu akan sampai di tgn mak…sebak & jatuh jgk airmata masa menulis bait2 ucpn tu… t’byg je wajah mak.. masuk blog ustaz ari ni, first post cite ‘Cinta tanpa syarat’…..tambah sebak di dada..jazakallah….. smg anak2 yg masih punya ibu& ayah,.beri yg terbaik utk mereka selama mana ibubapa kita masih di bumi yg nyata….,bagi yg telah pergi, pohon keampunan &doakn smg Allah menerangi mereka di alam barzakh dengan cahaya doa&ayat-ayat suci yg kita kirimkan….. Mak, ampunkan segala dosa & salah anakmu ini……
on 14 May 2007 at 12:01 pm19famy
teringat jasa bonda yang membesarkan kami lima beradik yang senuanya lelaki masa kecik2 dulu.mak beri kami pakaian yang elok2,makan yang sedap2 apabila dia sempat meluangkan masa untuk memasak kerana kesibukan kerja menampung keperluan hidup.mak tahan dengan perangai kami yang terlampau nakal sehingga sekarang sentiasa memberi nasihat dengan lemah lembut di atas kesilapan yang kami lakukan.maklumlah,ketiadaan suami disisi membuatkn mak sebagai seorang ibu dan ayah kami yang superwoman.terima kasih ustaz mengingatkan saya terhadap sifat2 penyayang seorang ibu dan ayah yang mendapat percikan rahmat dari allah yang maha memberi,pengasih dan pemurah.
on 14 May 2007 at 2:40 pm20teringin
Terkilanku membacanya lantaran dosaku yang berjela-jela… Entah apalah nasib aku kalau tidak berubah… walaupun banyak perubahan sudah dibuat, tetap terasa……
terima kasih kerana “recycle” post ni. ![]()
….
on 14 May 2007 at 2:42 pm21teringin
lagi satu untuk dibaca, daripada Mere Islam: Motherhood and the Ideal of Filial Piety
on 14 May 2007 at 3:28 pm22rosedeyh
rase sedeyh..menitis air mate terkenangkan kat ibu n ayh..bnyk slh yg org da wat kt mereka..n dorg pon x pnh nk mntak2 ape blasan atas jasa mereka…thanx for reminding me how precious they are for me…nice blog..=)
on 14 May 2007 at 4:33 pm23Mamaputeri
Bila kita sendiri dah jadi ibu dan ayah, kita akan lebih mengenali dan merasai kasih sayang yang mak ayah kita hulurkan tanpa henti. Mungkin masih ramai anak2 teenagers yang masih belum nampak dengan hati mereka pengorbanan mak ayah…but one they are getting mature, baru semua itu akan terasa. Cuma harapannya tiada yang terlambat sebab masa tak menunggu kita.
Akak dari kecik duduk dgn tok & nek sebab mak ayah berpisah. Dulu bila nak berdoa terfikir2 siapa yg nak didoakan, tok ayah yang menjaga ke, mak ayah yang akak rasa macam tak sayang akak. Sedih. Conflict. Tetapi selepas dah besar sikit…dah faham dosa pahala…setiap kali berdoa akak doakan untuk all of them. Different people brought me to this world, and different people raised me but I know they love me cuma mungkin caranya tak sama macam orang lain. Hikmah Allah ada pada setiap ketentuan. Semuga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmat pada mereka semua.
on 14 May 2007 at 8:36 pm24nurul
saya juga telah bace artikel ni seblum ni.sungguh mengharukan.. berkali2 saya menangis setelah membacanya..setelah sy print out dan kongsi dgn rakan2 yg lain, mereka turut berkongsi rasa yang sama dengan saya.tx ustaz kerana artikel2 yg ditulis sgt berkesan..moga Allah melimpahkan kurnianya kepada insan2 yang bergelar ibu dan bapa…..amin
on 14 May 2007 at 8:47 pm25hayati
Saya pernah tanya mak, ‘mak kenapa mak sayang sangat pada kami?’. dengan senyuman penuh makna mak jawab, ‘nanti bila kamu ada anak, kamu akan tahu…’
Ustaz, artikel/benda yang baik walaupun berkali-kali di’recycle’, tak akan hilang qualiti dan auranya.
on 15 May 2007 at 9:39 am26abu hakimi
Subhanallah, Allahuakbar….”Allah yg mengilhamkan sukma kebaikan dan kefasikan, beruntunglah bagi yang mensucikannya dan merugilah bagi yang mengotorinya. ”
Allah menjadikan setiap sesuatu di alam ini bagi hamba-Nya yang berfikir sebagai bukti kebesaran Allah kerana setiap daripadanya dipinjamkan Asma-Nya yang suci. Jazakallah wa barakta, ana dapat byk faedah dari website ini.
on 15 May 2007 at 12:25 pm27salsabila
hargilah mereka sementara masih ada…
ibu..ibu engkaulah ratu hatiku=)
on 15 May 2007 at 2:31 pm28Zaujah
Salam,
Ustaz,
Sebagai isteri…suami yang utama. Mentua wajib dikasihi sebagaimana ibubapa sendiri. Bagaimana pula suami? Adakah taraf ibu-bapa isteri (mentua) tidak setara ibu-bapanya sendiri?
Saya bertanya soalan ini kerana saya berada dalam situsi ustaz cuma bezanya saya seorang isteri yakni wanita. Setiap hari saya merindui ibu-bapa saya yang sudah tua di kampung. Berjauhan hampir 15 tahun atas tuntutan mencari ilmu dan membina keluarga, cukup membuat saya dihambat rasa berdosa dan hiba…
Ingin tinggal di sana, rasa berdosa terhadap suami dan anak-anak pula….Mahu pulang sentiasa, cuti suami dan saya tidak seberapa.
Tersepit sungguh rasanya!
Pengalaman dapat call jam 2 pagi memberitahu bapa dapat serangan jantung hingga masuk CCU betul-betul buat saya terpana dan sedih…lagi sedih bila suami terus sambung tidur…tinggalkan saya yang baru sebulan melahirkan zuriat kedua kami (melalui pembedahan) menangis kerisauan keseorangan sambil mengemas barang keperluan untuk dibawa pulang ke kampung. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Dalam perjalanan suami boleh menyanyi….boleh bergurau nak claim duit tol, boleh warning susu formula baby hanya boleh guna dalam keadaan “emergency”….(?)
Perit hati ini tapi pendamkan saja kerana keadaan bapa yang lebih utama….
Teringat semasa atuk suami kritikal, suami boleh berulang-alik ke hospital (yg agak jauh) tanpa rehat, dan tanpa tidur boleh drive balik kampungnya untuk sama-sama urus jenazah almarhum atuknya dan tanpa rasa bersalah boleh berpesan supaya saya bersiap dan standby sepanjang malam untuk sebarang kemungkinan. Saya redha lakukan semua itu kerana kasih saya terhadap keluarga suami sama seperti keluarga kandung saya sendiri.
Teringat juga semasa ibunya tak sihat kerana pening dan pitam, saya berkejar ke rumah mentua untuk hulurkan apa-apa bantuan tapi suami tegar halau saya pulang atas alasan anak buah saya yang saya bawa bising dan mengganggu.
Suami selalu berkata, dia jarang dapat berbakti kepada ibu-bapanya (yang tinggal jauhnya hanya 15 minit dari rumah kami)….tapi saya yang berjarak separuh hari perjalanan untuk bertemu orangtua, bagaimana pula? Suami memang anak soleh…itu saya kagum.
Terguris hati dengan sudut negatif suami tapi tetapkan iman kerana sudut positifnya.
Kerana itu, saya bertanya soalan tadi…
“Sebagai isteri…suami yang utama. Mentua wajib dikasihi sebagaimana ibubapa sendiri. Bagaimana pula suami? Adakah taraf ibu-bapa isteri (mentua) tidak setara ibu-bapanya sendiri?”
Wassalam
on 15 May 2007 at 7:12 pm
29bai
salam..
ana 1st time post commment kat cni..
ana bljr kat upm..bila kat sana, mmg rindu sgt kat mak and ayah. Kdg2 hampir tiap2 ari call. Tp ada gak seminggu tak call, diorg akan jd risau, call ana balik. Skrg bila blk cuti, rasa jahat lak, bila kdg2 mak and ayah cakap and crita mcm2 malas nak dgr.. b’dosanya rasa. Kdg2 kita susah nak hargai benda yg ada dpn mata. Bila dah hilang, baru kita rasa betapa tinggi pengorbanan and kasih sayang mak and ayah. Ana bdk nakal masa kecik, tp bila igt balik, mak and ayah ana xpenah pukul ana. Mampukah ana jadi macam diorg bila ana dah b’keluarga nanti??? Tu al persoalan yg ana selalu pikir…..
on 15 May 2007 at 11:57 pm30iDea
assalamualaikum…
bc artikel ni buat air mata sy mengalir. rindu lak kat mak & ayah kt malaysia. dah la lama x call umah.. syukran ustaz coz repost this article.
on 16 May 2007 at 7:49 am31saya lah
kagum dengan zaujah..
on 16 May 2007 at 9:25 am32Kak Hajar
Assalamualaikum
akak juga kagum dengan zaujah kerana diberikan Allah tahap kesabaran yang tinggi. Akak jenis yang menuntut hak, alhamdulillah suami akak amat menyedarinya inilah syarat yang akak berikan sebelum kahwin dulu. Ayat Allah banyak menyuruh suami berlaku adil dan baik kepada isterinya – tak boleh didera physical atau emosi. Kalau suami lalai dan selalu mendera emosi, akak rasa akak tak akan sesabar zaujah dan ingatkan suami tanggungjawabnya. Akak akan pilih masa yang sesuai dan dalam keadaan tenang lalu ceritakan segala ketidakpuasan hati akak. Ketika diawal perkahwinan (2-3 tahun pertama) sangat susah untuk berkomunikasi. suami tidak menyedari perasaan kita dan kita tak tahu macamana nak cakap ketidakpuasan hati sehingga rasa macam nak meletup tetapi telah dapat kekuatan untuk meluahkan segala perasaan, sebelum itu akak catat semua perbuatannya yang akak tidak suka berserta dengan tarikh dan masa sekali dan akak willing untuk dengar segala rungutannya tentang akak jika ada. setelah dapat luahkan perasaan hati rasa lega dan cinta kepada suami bertambah kerana sebenarnya dia tidak sedar yang perbuatan dia selama ini menyakitkan hati akak. sejak dari itu kami sentiasa berkomunikasi dengan baik dan berusaha untuk mengubah keadaan. apa-apa yang dia tak dapat ubah akak terima saja kerana banyak lagi hal yang baik yang ada pada diri suami berbanding hal yang satu ini. tetapi kesan yang baik dari boleh berkomunikasi ini, suami selalu minta maaf sekiranya dia dengan sengaja atau tak menyakitkan hati akak. Akak faham derita zaujah tetapi jangan diamkan saja kerana ia akan memberi kesan negatif kepada kemampuan kita mendidik anak-anak dan juga kemampuan kita melayan hubungan private dengan suami (kesan amat negatif) kerana wanita amat memerlukan perasaan yang stabil untuk itu. semoga Allah memberi kekuatan untuk Zaujah.
on 16 May 2007 at 9:27 am33Mamaputeri
Dear Zaujah…you are not alone facing the same problem. I know how it feels as well. Sabar berbanyak, redha dgn ketentuan Tuhan walaupun terasa amat perit.
Hope kita boleh dengar comment Ustaz…about suami “soleh” hanya pada keluarganya tapi tak pada keluarga isteri.
on 19 May 2007 at 10:17 am34fatini_adlina
sedih nya… rindu kat mak kat kampung…
on 19 May 2007 at 11:39 am35zakiyun
Assalammualaikum w.b.t…
Sy mmg dh menitiskn air mata tatkala mmbaca artikel ini…
Alhamdulillah, sy mndpt jua pengetahuan ttg macam mn ALLAH S.W.T mnyalurkan sifat kasih dan sayang daripada-NYA…
InsyaAllah,sy akan berusaha untuk mnjadi hmba yg taat,anak yg patuh,teman yg setia,dan seterusnya mukmin yg sejati…
{^-^}
on 19 May 2007 at 8:34 pm36Name saye Feerhan V(^o^)V
Dekat setahun duduk negeri org, bru2 ni abang Feerhan ajak mak chatting dengan Feerhan and Feerhan pasang webcam sambil dieorg pon pasang webcam sekali. Mak terkejut dpt tengok muke Feerhan and terus menangis sambil naik atas. Diri sendiri pon tgamam n abang pon diam aje.
Bile hari tu, anta msg kat mak wish Happy Mothers Day and die reply
“U cant compare mother’s love with anything in this world, syukurlah.. mak ni dah tk ada emak”
Teringat arwah nenek yg dijage oleh mak tk kurang dari 2 bulan lepas baru meninggal.
Huu… sedih tp kene kuat semangat!!!
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
Riwayat Muslim
on 21 May 2007 at 1:06 am37aleng
hiba sekali membaca kisah2 ustaz, semestinya kita masing2 ada kisah2 tersendiri dgn keluarga..
kagum dgn cara ustaz mempamerkan perasaan2 ustaz, yelah sesekali bagi seorg lelaki, agak sukar utknya memperlihatkan perasaannya yg sebenar dan akhirnya membuatkan org2 disekeliling salahfaham dan sbginya padahal dalam hati hanya ALlah shj yg tahu..
seperkara lg baru sy tahu kenapa jarang sekali ustaz bercerita tentang bekas sekolah ustaz di N.Sembilan tu. seringkali tertanya2 disebabkan sy juga ex-’sekolah di N.Sembilan tu’..byk jge conflicts dan rs kecewa tp tidak semantap semangat ustaz ![]()
on 21 May 2007 at 1:20 pm38Zaujah
Salam,
Terima kasih Kak Hajar, Mamaputeri dan Saya lah kerana sudi kongsi perasaan dan beri nasihat. Insya’Allah, mudah-mudahan Allah lorongkan saya dan kita semua ke arah kebaikan dan tabah tempuh dugaan, amin.
Kepada ustaz, saya masih menunggu komen dan nasihat ustaz berkaitan taraf ibu bapa mentua bagi seorang lelaki. Terima kasih.
Wassalam.
on 21 May 2007 at 6:05 pm39mie
artikel yg menyedarkan dosa sy sebagai seorang anak. Memang tak dinafikan saya memang anak yang agak degil bahkan pernaqh di pagi raya ibu menangis kerana sikap saya. Syukur sekrang ibu masih ada di dunia. Saya sentisa berdoa semoga Allah panjangkan umur saya untuk saya menjaga ibu.
on 21 May 2007 at 6:38 pm40Arissa
Astagfirullah..
moga penyesalan hr nie b’kekalan slmnyer..
on 28 May 2007 at 12:48 am41annur
ana mntak izin nak attach posting ustaz ke blog ana utk renungan smua .. syukran
on 28 May 2007 at 12:41 pm42mohd haidi
assalamualaikum…
apa bila sy menghayati kisah ini..hatu sy sedih dan sebak…walaupun sy mesih lagi muda..tetapi kisah ini memberikan makna ygmendalam dah idup yg bakal sy laui..sy amat berterima kasih pada en.saiful.kerana menubuhkan web site ini.sy akan menyokong laman web ini..sy nak tau..lagu yg diselitkan dalam kisah ini siapakah penyayinyer dan apa tajuk lagunyer..
edi_aag@yahoo.com
on 28 May 2007 at 12:43 pm43saifulislam
wsalam wbt,
Nasyid di atas dendangan kumpulan Nowseeheart, dalam album JUNJUNGAN MULIA.
on 30 May 2007 at 1:12 am44khairul ridhwan
Abah saya pun pernah beberapa kali mengucapkan hal yang serupa abah ustaz ucapkan, tak terkata bila mendengarnya
on 02 Jun 2007 at 4:19 pm45art
saya berasa amat terharu sekali, air mata turut mengalir mengingatkan saya supaya bersyukur mempunyai ayah dan ibu yang masih hidup..ruginya seseorang anak jika tidak berbakti kepada keduanya ketika keduanya masih hidup.
on 04 Jun 2007 at 1:06 am46khair76
air mataku gugur lagi….
Ya Allah ya tuhanku…..ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, ampunkanlah juga dosa2ku terhadap kedua ibubapaku……amin
on 12 Jun 2007 at 5:10 pm47cronysnapshot
Assalamualaikum…
Baru pertama kali singgah di sini tp terus hati saya terpaut dengan artikel2 yg ustaz sumbangkan. Jadi, saya minta izin untuk memanjangkan lagi perjalanan artikel2 ustaz sebagai renungan pembaca blog saya….syukran
on 21 Jun 2007 at 12:19 am48nasz
Salam…
Tersentuh hati saya tatkala terbaca artikel ini. Ternyata segalanya benar belaka. Jasa ibu bapa sememangnya tiada tolok bandingnya. Rasulullah pernah berkata, hormati ibu 3 kali ganda hormatnya kepada ayah. Walau bagaimanapun, keduanya harus dihormati tanpa ada syaratnya sepertimana mereka menyayangi dan mengasihi kita; anak-anak.
Suka untuk saya mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak. Kenapa kadang-kadang kita boleh hormati guru-guru kita melebihi hormat kita kepada ibu bapa? Dengan gur, jarang sekali kita meninggikan suara apatah lagi menengking. Tapi, cuba lihat diri kita sendiri. Adakah dengan ibu bapa kita, kita mampu berbuat perkara yang sama sepertimana apa yang kita lakukan pada guru-guru kita? Bolehkah? Bila berjumpa guru, lazimnya kita memberi salam. Kadang-kadang mempu tersenyum sampai ke telinga. Tapi, dengan ibu ayah kita bagaimana? Bolehkah? Bila kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, susah sangat untuk kita ucapkan terima kasih pada ibu ayah kita. Tapi, dengan guru kita, mudah sahaja kalimah ringkas itu terluah. Bila tiba hari guru, kita beria-ia merancang sesuatu yang ’surprise’ buat guru yang kita kasihi. Kad besar kita hadiahkan, buat sendiri. tapi, bila tiba hari ibu @ hari bapa, berapa ramai yang meraikannya bersama ibu @ bapa tercinta? Bukanlah mereka minta dirai, cukup sekadar ucapan selamat. susah sangat ke? Ibu bapa tak pernah mengharapkan kad sebesar kad hari guru, hadiah bernilai seperti hari guru, cukup sekadar ucapan selamat tanda ingatan kita terhadap mereka yang tidak berbelah bahagi. Kalau kita renungkan kembali, terlalu kerdil diri kita untuk bersaing dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa kita dari kita kecil sehingga ke hari ini. Sementelah ibu bapa kita masih berdenyut nyawa, abadikan saat terindah kita bersama mereka. Jangan nanti, ketika sudah tiada baru rasa sesal memenuhi dada. Baru rasa bersalah mengabaikan tanggungjawan seorang anak datang bertandang. Kerana, waktu itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Fikirkanlah…
Buat renungan…
InsyaAllah…
on 01 Jul 2007 at 9:14 pm49muhaimin
memang hiba bila bace artikel ustaz ni,sy yg duk di kejauhan ni lagi la teringat bonda di kg halaman..teringat juga pesan2 arwah ayah.moga Allah mmberi rahmat dan perlindungan kpd ke2 org tua kita yg mdidik kita sejak kecil.Amin Ya Rabbal Alamin am






on 03 Jul 2007 at 4:37 am1 aminbakish
I
Kamu menulis dengan penuh perasaan.
Bahagiakanlah mereka sementara ada.
Saya pasti mereka berbangga dengan kamu.
II
“Airmata ibu saya mengalir terharu apabila alhamdulillah saya merubah kehidupan lagha saya 180 darjah kepada kehidupan beragama (minaz zhulumati ilannuur – satu detik taubat yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata sehingga kini) pada tahun 1999. Inilah detik yang telah merubah saya sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini.”
Mungkinkah kamu akan bercerita mengenai ini nanti?
III
Selamat berKERJA.
on 03 Jul 2007 at 9:41 am2 HAMKA
Tahniah dan syabas diatas apa yang anda kecapi.Bersyukurlah kepada Allah kerana masih memiliki ibu dan bapa.Selagimana mereka masih bersama saudara berbakti dan senangkanlah hati mereka …sesungguh ni’mat ini tidak boleh dibeli dan ditukar ganti..Alhamdulillah anda masih berkesempatan..
Takdir Allah Azza wajalla , ana tidak sempat berkongsi kegembiraan bersama almarhum ayahanda setelah memasuki alam pekerjaan .Setahun selepas pemusafiran ana ke bumi Miri, ayahanda ana dijemput Ilahi tanpa jangkaan .Masa begitu pantas, dan biasanya orang yang baik2 tidak lama di alam fana termasuk sahabat2 ana yang kemalangan dibumi Jordan pada 1995.(( Lihat ; catatan Ust Hasrizal dalam saifulislam .com)bahagian ; Dataran Syam))
Sebagai perkongsian, mungkin keluarga anapun tak jauh beza menghadapi kesulitan dan kepayahan sewaktu kami sedang membesar..mak ana sempat membawa ana menoreh di sebelah pagi sebelum ana ke sekolah pada sesi petang.Alhamdulillah hari ini anak-anak mereka telah berjaya didunia.
Sesungguhnya ibu dan bapa kita telah banyak berkorban masa, tenaga , keringat , air mata dan harta bagi membesarkan kita sehingga jadi seperti hari ini…, ana teringat kata-kata Cikgu Amir (IPS) , “ibubapa dahulu tidak tahu membaca, tetapi mampu mentarbiah anak-anak ( dgn bantuan guru)sehingga boleh membaca dan membeza, namun berapa ramai ibu bapa hari ini yang berpendidikan tetapi , anak2 pula ada yang tahun 3 masih buta huruf” ??? bukankah terbalik.!
Apapun Ittaqullah haithuma kunta..moga kita menjadi anak yang SOLEH dan MUSLEH.Teruskan perjuangan
on 03 Jul 2007 at 10:54 am3
tumarawatimanshor
Salam…..
Ya Allah..Muhtar….kenapa tulis macam ni…. tak pasal2 saya ‘hujan’ depan pc…tak dapat cover lagi…..nasib baik rakan2 sekerja yang tengok buat2 tak tau jak…
Yes….same thing goes to ur parent…i am also proud of u…..
Bukan semata2 kerana pengalaman melihat satu demi satu kejayaan yang sudah Muhtar lalui….
Ia lebih daripada itu…yang agak sukar untuk diungkapkan…..mungkin kerana agak ‘attach’ dengan keluarga Muhtar dan dianggap sebagai ‘anak sulung’ oleh kedua-dua aji….. membuatkan saya turut ‘merasai’ apa yang orang tua rasai….masih ingat masa konvo Muhtar tempoh saya dan aji perempuan paling ’semangat’ menangis…he..he…
Pertama kali saksikan Muhtar di kaca tv pun… saya gagal untuk mengawal air mata…
Pertama kali saksikan Muhtar ‘berceramah’ secara live masa di Suai…turut mengundang air mata saya…
Harap kita dan yang lain akan sentiasa sepakat dan sama-sama bekerjasama ‘memperbaharui’ ‘warna’ kampung kita…
on 03 Jul 2007 at 11:15 am4 aida
Salam, walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
on 03 Jul 2007 at 12:32 pm5 along salmi
salam penuh takzim…
setiap kali bercerita tentang ibubapa pasti perasaan ini terusik dengan kerinduan yang tak berbelah bagi terhadap mereka yang telah membesarkan dan melahirkan saya…
saya juga ingin berkongsi cerita dan pengalaman saya..saya juga bukanlah seorang yang benar2 menjiwai agama..namun berkat usaha kedua ibubapa saya..alhamdulillah..sedikit sebanyak banyak membantu saya mengenali agama…keluarga saya bukanlah ‘warak’ dan hakikatnya memang kurang tahu tentang agama..teringat masa mula2 membuat pilihan samada ke sekolah agama atau MRSM..kedua ibubapa saya kuat untuk memasukkan saya ke sekolah agama walaupun ahli keluarga lain menentang saya masuk ke sekolah agama..katanya masuk sekolah agama dan bertudung seolah2 cam ninja…tapi ibubapa saya tetap menyokong dan berharap sayalah dpt merubah dan membentuk keluarga mengikut dan mengajar mereka tentang fardhu ain dan mengaji..alhamdulillah..berkat doa mereka sedikit sebanyak dapat merubah pendirian ahli keluarga yang lain juga..
benarlah kata orang,,doa ibubapa nih makbul untuk anak2nya..setiap kali saya kemana2 dan mengambil exam..perkara pertama yang saya lakukan adalah meminta mereka doakan saya…alhamdulillah..sekarang saya sudah bergelar graduan..saya juga bukanlah seorang yang bijak dlm pelajaran,,dan seringkali merasa terkandas setiap kali dalam exam yang saya ambil..namun setiap kali perasaan itu hadir..org pertama tempat saya meluahkan perasaan adalah dengan kedua ibubapa saya…susah nak digambarkan perasaan itu..leganya MasyaAllah…
teringat 2 minggu lagi SPM menjelma..ibu saya jatuh sakit..saya berusaha untuk menjaga ibu di hospital..masa tuh ramai yang tanya..tak kisah ke dengan SPM..boleh dapat ke keputusan yang baik utk SPM?kuasa Allah dan berkat doa ibu..saya dapat keputusan yang dapat dibanggakan..itulah kuasa doa ibu walau pada hakikatnya saya tak dpt tumpukan perhatian langsung untuk SPM..cuma saya menharapkan ibu sembuh…
dan di Matrikulasi…sekali lagi saya diuji dengan ibu sakit…susah nak gambarkan perasaan ketika menghadapi saat2 peperiksaan akhir..tapi ibu tetap mendoakan saya agar berjaya..alhamdulillah..keputusan saya ketika itu meningkat..
cukuplah perkongsian saya..utk itu…sayangilah ibubapa..tanpa mereka siapalah kita…wallahualam..
on 03 Jul 2007 at 3:06 pm6 af
Assalamu’alaikum wrt
Salam ukhwah buat Akh Muhtar, moga sakinah hendaknya.
Tercuit rasa hati membaca lakaran kisah akh. Sedetik itu, kotak fikiran dan ruang rasa mengenangkan roda dan kitaran kehidupan.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah swt atas nikmat kesempatan pd akh untuk memberikan dan berkongsi kejayaan demi kejayaan bersama ayah bonda tercinta kan. Tiap deraian airmata ayah bonda akh adalah airmata kegembiraan dan kesyukuran kerana berjaya mendidik dan memperoleh anugerah Ilahi yg tak ternilai ini, seorang da’ei dan pejuang agama.
Teruskan langkah akh dijalanNya.
Kenangi dan hargailah kedua ayah bonda dimana saja berada. Merekalah seharus dan selayaknya menghuni ceruk ruang rasa hati dan setelah Allah swt dan kekasihNya. Kerana akan hilang dan sirnalah hidup seorang anak itu tanpa kedua-dua mereka.
Ibu adalah ratu hati. Alangkah pilu bila mengenangkan bahawa ibu tiada lagi disisi tanpa diri belum sempat mengenggam segulung ijazah. Tika diri diasak ujian hebat diperjalanan, tiada pujuk dan jemari yang mengusap deraian airmata, tiada kedengaran lagi kata nasihat menusuk kalbu darinya, tiada lagi senyum dan senda guraunya menenangkan hati. Hanya air mata dan doa kudus ku iringi buat dirimu bonda.
Perjalanan harus terus, liku-liku hidup harus diratah satu persatu berbekalkan Iman didada,jati diri yang kental, perasaan yang terkawal serta minda yang rasional.
Itulah indahnya hidup bersama Ilahi. Percaturan hidup dan perjalanan ini amat indah dan nikmat jika kita sentiasa menghubungkaitkannya. Segala-galaNya bersebab dan ada hikmah. Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan sama-sama kita menggunakannya untuk manfaat ummah.
Untuk akhirnya, buat masa kita yang masih bersisa ini, gunakanlah sebaik-baiknya..sayangi, hargai dan berbaktilah buat kedua orang tua kita sehabis baik kerana tanpa mereka siapalah kita. Diharapkan agar kita semua masih belum terlewat untuk sentiasa melafazkan sayang buat mereka.
Wallahu’alam
on 03 Jul 2007 at 6:42 pm7 Ee
Assalamu’alaikum wbt.
“Gembira dan bahagiakanlah org tua mu”… Satu perkongsian yang amat menyentuh hati.
Wassalam.
on 04 Jul 2007 at 12:10 am8
Muhtar Suhaili
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Cikgu AminBakish, Ustaz Mohd Kamil, Kak Tum, Ukhti Aida, Ukhti Along Salmi, Ukhti Af, dan Ukhti Ee;
Terima kasih di atas komentar, perkongsian rasa, doa, nasihat berharga dan kata-kata semangat yang dinukilkan, amat saya hargai.
Bicara dam’ah wa ibtisamah (setitis air mata dan seulas senyuman) tentang perjalanan hidup saya ini, saya rasakan tidak ramai orang yang tahu. Saya jarang bercerita tentangnya, bukan kerana malu, tetapi ia terlalu sentimental buat saya. Dan catatan ini saya catatkan di sini dengan ber’airmata’, bukan untuk melemah semangat tetapi sebagai pembangkit rasa syukur pada Ilahi Rabbi di atas nikmat kejayaan dan kebahagiaan, serta penghargaan buat ibu dan ayah. Harapan saya semoga entry ini ada manfaatnya buat tetamu ziarah yang budiman sekalian.
Semalam.. adalah sejarah..
Hari ini… mencorak sejarah…
Esok… bakal mencipta sejarah baru….
Semalam, hari ini dan esok:
Mencipta sejarah bermodalkan sejarah…..
“No one can go back and make a new beginning; but anyone can start from now and make a happy ending. So, do the best and let Allah does the rest! Starts right and ends happy.”
Wallahu a’la wa a’lam.
on 04 Jul 2007 at 2:42 am9 wlyia
salam….
ditujukan khas kepada insan mulia yang bergelar IBU…..
Ibu
Dari kecil hingga aku dewasa
Kau berperang dengan dugaan
Kau menerima segala ujian
Kau menepis segala hinaan
Demi membesarkan aku ini
Ibu
aku kagum dengan ketabahanmu
aku kagum dengan semangatmu
aku kagum dengan pendirianmu
tidak kenal erti keperitan dalam membesarkan aku ini
Ibu
hapuskan air matamu
hapuskan segala kesedihanmu
hapuskan segala duka lara dalam hidupmu
kerna anakmu ini
akan membela nasibmu
akan berjuang mempertahankanmu
akan mengembalikan cahaya kehidupan yang sempurna kepadamu
setelah titisnya air mata mu
setelah keluarnya keringat kasih
hanya untuk membesarkan aku ini
Ibu
senyumlah dikau
senyumlah kembali
itu janjiku kepadamu
akan ku pegang hingga ke akhir hayat
salam ukhuwah…
ingin dikongsikan bersama…semasa menyertai program Kem Kaunseling Kelompok yang diadakan di Dusun Eco Resort selama 3 hari, En.Aziz selaku pensyarah Bimbingan Dan kaunseling dan juga yang bertanggungjawab mengendalikan program tersebut telah berjaya menimbulkan kesedaran di dalam hati kami (seramai 58 orang pelajar jurusan Bimbingan dan Kaunseling, Insya’Allah bakal2 kaunselor) terhadap pengorbanan seorang insan mulia yang bernama IBU..
tak kira lelaki ataupun perempuan. semuanya menitiskan airmata apabila rakan-rakan lain menceritakan pengorbanan dan kasih sayang insan mulia bergelar ibu….suasana menjadi bertambah pilu apabila pensyarah menayangkan video saat-saat getir seorang ibu melahirkan anak tersayang secara tidak normal iaitu melalui pembedahan…diri ini dilanda pilu kerana keadaan yang sama telah dilalui oleh ibu tercinta semasa saya dilahirkan ke dunia ini….
semoga Allah panjangkan usia ibu dan ayah
kalian adalah insan yang paling berharga dan bermakna di dunia ini…