Feeds:
Posts
Comments

update…

Salam to all..(kawan-kawanku..@ silent reader..@hubby…)…. maybe tak update cerita kat sini lagi…

Just follow my others web :

http://abrisamzubari.blogspot.com/

http://tumarawatimanshor.blogspot.com/

“Selamat Hari Jadi”

 ”Selamat Hari Lahir. Moga Allah memberi kesempatan untuk terus membaiki diri di usia yang masih tersisa.”

 ”Selamat hari jadi, murah rezeki,sihat dan bahagia.”

 ”Happi Birthday, semoga sisa usia lebih barokah dan sukss dalam kerjaya”.

 Itu adalah antara ucapan hari lahir yang aku terima.

 Lain lagi ucapan melalui blog.

 Sila lawat :

http://terompah-biru.blogspot.com/ 

 http://yazmienn.blogspot.com/

Hari ini, ada sedikit sambutan birthday di buat di office. Walaupun ringkas tapi sangat bermakna.

 Semoga Allah berikan aku keberkatan hidup, di panjangkan usia, di berikan kesihatan yang memuaskan, murah rezeki.

 Semoga rumah tangga ku, akan terus di warnai sakinah, mawaddah , wa rahmah…Amin

 To all, tq for the wish.

Note.

To my friend (u know who u are)…jamuan birthday kita tunggu cik dayang kita dari KL..dia PENAJA utama…

TUNGGUUUUU

Al – Fatihah..

Semalam , 19hb Safar 1430 (15 Feb 2009) Ahad, jam 4.49 aku menerima msg daripada adik ku Ammi.

Inform yang nenek saudara kami, telah kembali ke Rahmatullah. Sedih, tetapi bersyukur kepada Allah kerana menamatkan penderitaan nenek di dunia ini, yang telah pun koma sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil’adha @ Hari Raya Haji..

Sesungguhnya kematian itu, adalah pasti.

Kami sekeluarga, aku, hubby dan Abrisam bertolak dari Miri ke kampung pada 6.30am dan direct ke rumah nenek. Terkilan kerana tak dapat lama di sana , saksikan mayat nenek kali yang terakhir, aku terpaksa balik kerana baby ku, Abrisam asyik menangis dan menjerit-jerit.

May be agak rimas melihat orang ramai..So, atas saranan, orang-orang tua di situ, aku terpaksa membawa Abrisam balik.

Dan, cuma saksikan mayat nenek di usung lalu di depan rumahku menuju ke kubur..

Semoga roh nenek di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

I will miss her.

Memandangkan aku dah create blog khas for my little handsome boy..

http://abrisamzubari.blogspot.com/

So aku akan kurangkan bercerita tentang Abrisam di sini… Ni ummi punya blog…hahaha…tapi makin hari macam semua je topik Abrisam… Ni dah lawan tokei ni…memanglah as a mum..tak de lagi topik paling menarik selain cerita pasal anak kan…

Ni, aku tengah sibuk berunding ngan my best friend, Dyg Noor Yasmin untuk modified Abrisam’s blog…supaya menjadi lebih menarik…dan attractive…

Aku ni walaupun lebih awal mengenali blog compare to Guy (http://terompah-biru.blogspot.com/) dan Min (http://yazmienn.blogspot.com/) tapi aku tengok blog mereka ni jauh lebih canggih dari blog aku…

Tu yang aku siap bagi ngan min segala ID and pasword untuk blog Abrisam supaya beliau dapat modified…

Sekarang, Abrisam’s blog dah berwajah baru..

Enjoy!!! See u there

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

 

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

 

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

 

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

 

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

 

 

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

 

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

 

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

 

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib

 

 

(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

 

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

 

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

 

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

 

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

 

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

 

 

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

 

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka

.

 

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

 

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

 

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

 

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

 

 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

 

Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

 

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

.

 

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

 

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar

.

 

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

 

Abrisam’s Blog..

To all,

Aku dah create satu blog, khas untuk aku cerita detail tentang perkembangan putera hatiku, Awang Abrisam Zubari..

http://abrisamzubari.blogspot.com/

Enjoy!!

Alhamdulillah..Abrisam dah masuk 3 bulan lebih….Pada 3 Feb 2009 (Selasa) aku membawa dia ke klinik…dia sudah 6.80kg…Pada aku dia seorang baby yang sihat…yang tersangat suka minum susu…sentiasa minta di manja.. Walaupun waktu dia sedang tidur, dia minta di manja dan diberi susu…mulut tetap menghisap susu ..tapi mata pejam….hehehe

Minggu lepas…tugasan menghantar dan mengambil Abrisam di rumah pengasuh di ambil alih oleh hubby…aku mahu melibatkan hubby dalam ‘parenting’…walaupun sesekali… Aku mahu hubby alami sendiri rutin harian ku bersama Abrisam…

Minggu lepas juga, kalau tak silap hari Khamis after office hours aku pergi beli barang… Hubby sms mengingatkan supaya aku tidak terlalu lama…coz selalunya Abrisam mudah meragam dekat-dekat masuk magrib..

Setibanya aku di rumah, aku terus ‘menegur’ Abrisam….tahu-tahu je ummi nya datang Abrisam ‘melalak’…may be Abrisam merajuk…dah dua hari asyik abi nya je yang hantar dan ambil dia…so mula lah nak minta perhatian ummi nya….Percaya atau tidak…..baby memang kaya dengan perasaan…

Sumbat nenen tak nak…susah nak pujuk…hubby suruh aku bagi dia mandi…coz mandi ni satu sessi yang Abrisam sangat suka…. masa mandi tu ok.. Tapi selesai je mandi stat balik ‘melalak’…berlanjutan…..aku letak dia dalam ‘baby sit’…. Terus aku gerak-gerak kan….akhirnya dia tertidur…sangat lena…penat lah tu ..dah puas ‘melalak’…

Memandangkan aku dah biasa berhadapan dengan situasi sebegini…so aku agak cool compare to my hubby…panik sikit aku tengok..hahahaha

SIL telefon..cadangkan supaya aku stat bagi Abrisam makan nestum…oh tidak… My baby is only 3 month…based on buku n doktor…..baby boleh stat makan after 5-6 month…

Masa dalam phone call tu aku ‘on’ je….tapi ikut pesanan tu tidak..hahaha…

Family in law ingat anak aku tu kelaparan…that’s why dia selalu menangis…aku tak dapat terima kenyataan tu…coz anak aku kalau lapar dia merengek…aku sumbat nenen terus diam…. Malam-malam pun dia kerap bangun nak nenen….so tak mungkin lah dia kelaparan…

Bagi aku….kalau setakat menangis sekejap tu bukan masalah…tu memang ragam baby…

Sekarang ni aku semakin tahu ‘rahsia’ Abrisam…setiap petang dia WAJIB tidur….otherwise dia akan ‘melalak’…dan semua orang akan panik…kerana suaranya yang terlalu lah besar…heheeh… That’s why sekarang ni asal sampai rumah petang hari…aku terus dodoikan Abrisam…bagi dia tidur…2 jam pertama dia tidur aku akan ‘jaga’…jangan sampai dia sedar….kalau gerak sikit…aku cepat-cepat buai…so dia akan sambung tidur dengan ‘aman’ dan ‘lena’…after tu barulah aku bebas menyelesaikan urusan ku…

 

 

Kemahiran membaca merupakan asas yang membolehkan anak-anak menguasai pelbagai ilmu-ilmu yang lain. Tidak mungkin anak-anak akan dapat menimba ilmu dengan baik sekiranya dia tidak boleh membaca. Ini kerana apa sahaja ilmu baik Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain memerlukan anak-anak menterjemah “kumpulan simbol-simbol” (yang kita panggil “perkataan”) yang memberikan maklumat tentang ilmu yang disampaikan.

 

Menurut kajian… ramai murid yang gagal mempamerkan kemajuan atau kecemerlangan dalam akademik dan peperiksaan adalah berpunca dari kegagalan mereka menguasai kemahiran membaca. Murid yang merangkak-rangkak dalam membaca sebenarnya menghabiskan terlalu banyak masa cuba mengenali perkataan sedang apa yang sepatutnya dilakukannya adalah memahami keseluruhan konteks ayat. Mereka mungkin boleh mengenali bunyi perkataan tetapi atas sebab yang dinyatakan tadi… mereka gagal memahami maklumat yang cuba disampaikan

 

Ini tentunya berbeza dengan anak-anak yang mahir dalam membaca di mana penterjemahaan simbol-simbol menjadi perkataan berlaku secara otomatik dan masa yang optimum dapat digunakan bagi menganalisa ayat-ayat yang mengandungi maklumat berguna.

 

Apa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa?

 

Kita tidak seharusnya menyerahkan bulat-bulat pendidikan anak-anak kepada tadika dan sekolah semata-mata. Kita mesti proaktif dan memainkan peranan utama dalam pendidikan anak-anak. Dan ini mestilah bermula sedari awal dan bermula dari rumah.

 

Kesuntukan masa tidak boleh dijadikan alasan… kerana pendidikan anak-anak di peringkat awal ini sebenarnya tidak mengambil masa yang panjang. Kita hanya perlukan 5 – 20 minit setiap sessi.

 

Pilihlah bahan-bahan pendidikan yang baik seperti Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan yang telah dibentuk secara sistematik agar boleh digunakan oleh ibu-bapa bagi mengisi 5 – 20 minit ini dengan cara terbaik.

 

Contohnya… luangkan masa selepas solat untuk mengajar anak mengenali Al-Quran melalui sistem Al-Furqan. Hanya 5 minit diperlukan untuk setiap sessi. Atau luangkan 5 minit selepas makan malam atau sebelum tidur untuk mengajarnya membaca. Tak pun anda boleh pasang kaset/CD yang dibekalkan bersama-sama set-set pendidikan ini ketika di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau semasa bersiar-siar sekeluarga.

 

Masa depan anak-anak di tangan kita. Berikan yang terbaik untuk mereka.

Anak bijak..

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and
otak anak akan develop excellently.

Oleh Rosnah Ahmad

” Bila anak saya nak mula belajar menulis? “. Itulah diantara persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika .

Semua ibu bapa sedar bahawa setiap anak mesti mempunyai kemahiran menulis dan ia adalah antara faktor penentu kejayaan anak di sekolah, universiti dan di dalam kerjaya.

Mengajar anak menulis merupakan amanah. Rasulullah SAW bersabda:

” Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal.”

(Hadith Riwayat At- Tarmizi)

Ramai ibu bapa yang menganggap mengajar anak menulis bermula dengan memegang tangan anak untuk mengajar menulis ABC dan 123. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan kemahiran yang banyak untuk menulis dan bermula lebih awal lagi.

Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri. Jika bayi diganggu dengan bunyi yang kuat atau pergerakan yang kasar secara tiba-tiba, refleks terkejut akan menyebabkan dia membuka jarinya seperti bintang. Refleks gengaman dan terkejut ini mestilah hilang sebelum kemahiran manupulatif diperolehi iaitu kebolehan menggunakan tangan dengan sengaja untuk melakukan pelbagai aktiviti temasuk menulis menggunakan pensil.

Perkembangan manupulasi tangan berlaku dengan pesat pada peringkat awal. Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap. Lebih kerap fungsi-fungsi itu digunakan lebih eloklah pembangunan di tahap itu.

Oleh itu ibu bapa harus sentiasa peka pada tahap dan menyokong perkembangan mereka.
Menurut ahli teori Lev Vygotsgy (1978), orang dewasa dapat menyokong (scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Vygotsky mengemukakan teori zone of proximal development- iaitu zon perbezaan di antara tahap atau kebolehan sediada kanak-kanak dan tahap lebih tinggi sedikit yang boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.

Sebagai contoh ibu bapa boleh menolong mempercepatkan refleks gengaman hilang dengan membuka jari anak satu per satu. Lakukan aktiviti dengan lagu atau nasyid. Ini mengembirakan bayi dan gengamannya akan hilang secara perlahan-lahan.

Seterusnya rasakan tapak tangan anak dengan benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan seperti berbagai jenis kain, kertas dan plastik. Semua maklumat akan sampai ke otak mereka melalui deria sentuh.

Memberi bayi memegang objek yang berlainan juga akan menolong menguatkan otot jari dan tangan mereka.

Terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak yang suka mengutip dan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Apa yang sebenar berlaku adalah mereka sudah boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil sesuatu. Pencapaian kemahiran manupulatif yang hebat ini boleh dilatih dengan memberi anak makan sendiri makanan seperti kismis dan sayuran yang dipotong kecil.

Ada kalanya anak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya. Kini otot-otot melepaskan gengaman sedang belajar bertugas bertentangan dengan otot-otot gengaman supaya kedua-dua otot yang berlainan bekerja bersama.. Bermain memasukkan dan mengeluarkan mainan dapat membantu merangsang tahap perkembangan penting ini.

Kanak-kanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperolehi kemahiran manupulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis.

Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis, awal tulis dan tulis.

Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak , meramas, menggentel, melipat menguntai ,memusing, memutar, memulas, melipat, mencantum dan melarik di atas pasir atau udara.

Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis.

Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus.

Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian..

Saya sering menjadikan aktiviti menulis satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Sebelum aktiviti membeli-belah, saya menggalakkan anak-anak untuk menyediakan senarai serta kuantiti barang yang hendak dibeli seperti dua buku roti, sepatang pensil dan empat biji limau.

Biasanya mereka akan sibuk bertanya ejaan barang yang hendak ditulis. Secara tidak langsung mereka belajar mengeja pada masa yang sama. Kadang-kadang mereka gemar menggunakan pen untuk menulis, mungkin mereka merasa lebih dewasa bila dapat menulis menggunakan pen.

Ketika membeli-belah, mereka banyak belajar membaca dan mengenal angka daripada nama dan harga barang-barang yang dipilih .

Kebiasaan ini dipraktikkan juga sebelum pergi berkelah, bercuti dan balik kampung. Anak-anak juga digalakkan untuk menyiapkan barang keperluan sendiri seawal usia empat tahun. Saya dapati aktiviti begini memberi banyak kebaikan dan memudahkan kerana ia menolong memupuk sifat bertanggungjawab, berdisiplin dan berdikari dalam diri anak dengan lebih awal.

Semalam saya dapati ada sekeping nota kecil diletakkan di atas meja solek. Ianya merupakan pesanan telefon yang diambil oleh anak perempuan saya yang berumur lapan tahun semasa ketiadaan saya . Saya juga sering menerima nota kata-kata “sayang” dan kad-kad kejutan daripada anak-anak. Menerima kejutan begini menjadikan hari saya lebih bermakna.

Untuk memupuk penulisan kreatif, saya menggalakkan anak-anak untuk berkarya seperti membuat buku skrap, menulis pantun, puisi, teka-teki dan cerita pendek. Mempunyai diari sendiri juga membantu menggalakkan anak menulis dan berkarya.

Saya gemar menampal hasil karya anak-anak di rumah sebagai tanda penghargaan dan galakan buat mereka. Bila berpeluang saya juga akan menghantar hasil karya mereka ke majalah kanak-kanak untuk disiarkan.

Semua aktiviti menulis ini nampaknya seperti terlalu awal untuk dipupuk dan ianya diluar kemampuan anak. Insya-Allah dengan sedikit tunjuk ajar, kesabaran dan istiqamah, ianya boleh dilakukan dengan baik oleh anak. Kanak-kanak peringkat ini sememangnya berpotensi untuk melahirkan penulisan kreatif, kritis dan inovatif.

Menyediakan pelbagai jenis kertas, peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang.

Pada peringkat awal, janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga.

Older Posts »